Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mustapa tidak perlu ke depan sangat desak Muhyiddin dan Mukhriz dipecat

.
Mustapa tidak perlu ke depan sangat desak Muhyiddin dan Mukhriz dipecat
PANDANGAN

Menurut Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed, Umno negeri itu bersetuju agar Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir dipecat daripada Umno apabila keduanya menandatangan deklarasi untuk menggugurkan Najib yang kemudian menghadiri Kongres Rakyat di Shah Alam kelmarin.

Menurutnya keputusan itu diambil sebulat suara oleh ketua-ketua Umno bahagian Kelantan. Tindakan Umno Kelantan diketuai Mustapa itu dilihat sebagai berani dan mendahului Umno negeri-negeri lain.

Belum ada konsensus daripada Umno negeri-negeri lain agar kedua mereka dipecat.



Anih jarang Mustapa bersikap berani dan cepat begitu dalam hal-hal membabitkan boleh menimbulkan konflit kepada parti. Jadi apabila Mustapa bertindak begitu semacam ada sesuatu yang tidak kena atau pun yang dikejar Mustapa.

Mustapa tidak seharusnya membuat kenyataan begitu kerana ia menampakkan akan kegaduhannya untuk menyokong Najib. Apakah dalam Umno Kelantan kini sedang berlaku berebut "uri" untuk menunjukkan siapa lebih kuat dan sayang kepada Najib.

Ketua Penerangan Umno yang baharu Annuar Musa seakan sedang mengatur strategi untuk menguasai semula Umno Kelantan dan meletakkan dirinya sebagai pembela Najib nombor satu. Apakah kenyataan Mustapa itu untuk menaungi Annuar? Jika brenar begitu langkah Mustapa itu kurang tepat dan beliau seakan terperangkap dengan permainan politik Pengerusi Mara itu.

Mustapa harus berhati-hati dalam membuat kenyataan termasuk untuk membela Najib. Tindakan itu walaupun ia dibuat secara kolektif tetapi orang akan menyuluh kepada dirinya sebab dia ketua. Annuar Musa tentu suka kalau orang Umno yang masih berpihak kepada Muhyiddin dan Mukhriz di Kelantan marahkan kepada Mustapa sebab beliau akan mendapat kelabaannya.

Mustapa sepatutnya mendiamkan diri dalam mengulas kedudukan bekas TPM dan MB Kedah itu dan cukuplah sikap Umno Kelantan itu dijelaskan dengan situasi penandatangan deklarasi sokong Najib oleh Tengku Razaleigh Hamzah tempoh hari.

Jika tidak kena gaya dan silap langkah, reputasi baik Mustapa di Kelantan hari ini dimata rakyat dan orang Umno boleh rosak dengan kenyataan bersetuju Muhyiddin dan Mukhriz dipecat itu kerana ia agak kasar.

Mustapa perlu memahami di Kelantan juga ada penyokong atau simpati kepada Muhyiddin dan Mukhriz. Tidak semua orang Umno Kelantan dapat menerima tindak tanduk Najib Razak sebagai perdana menteri yang mengundang parah kepada negara ketika ini. Bagi memastikan Umno Kelantan solid Mustapa memerlukan sokongan daripada puak kedua individu itu. [wm.kl.9:19 am 29/03/16]

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.