Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MyKMU, Blog Penyokong Tegar Najib "MARAHKAN" SPRM buat Sidang Media Hari Cuti Isu Korupsi RM100juta Penjawat Awam

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
MyKMU, Blog Penyokong Tegar Najib "MARAHKAN" SPRM buat Sidang Media Hari Cuti Isu Korupsi RM100juta Penjawat Awam


Blog penyokong tegar Najib, MyKMU hari ini mempertikaikan motif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memanggil sidang akhbar tergempar mengumumkan tangkapan seorang penjawat awam bertaraf Setiausaha Bahagian di Kementerian Belia dan sukan pada hari ini.

MyKMU menyatakan hari ini, Sabtu merupakan cuti umum di negara ini. Apa motif sekiranya bukan untuk mengalih tumpuan umum dari isu Ketua Menteri Pulau Pinang?

"Ketika seluruh negara sedang hangat membincangkan isu pembelian rumah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari seorang ahli perniagaan dengan harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran, tidak semena-mena SPRM membuat sidang akhbar kononnya melakukan tangkapan membabitkan korupsi bernilai RM 100 juta sejak 2010." ulas blog penyokong tegar Najib itu.

"Jarang sekali SPRM membuat sidang akhbar mengumumkan tangkapan kerana disyaki terlibat dalam satu sindiket menyeleweng dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta. Baca semula HANYA DISYAKI!"

"Selalunya dalam kes sebegini, kenyataan atau sidang akhbar hanya dikeluarkan selepas pendakwaan dibuat di Mahkamah. Ini kerana disyaki bermakna kertas siasatan belum lengkap dan sudah tentu SPRM tiada hak untuk membuat sebarang kenyataan akhbar yang “bernilai berita” sebelum kes di hadapkan ke Mahkamah."

"Namun tindakan SPRM tergesa-gesa membuat sidang akhbar dengan mengumumkan jumlah sebesar RM 100 juta tampak seperti mahu mentutup isu Lim Guan Eng."

"Kita menyokong usaha SPRM membanteras rasuah namun mereka tidak seharusnya bermain politik sehingga menjejaskan proses keadilan." kata blog itu tampak secara sinis.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.