Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Najib di Pahang: 'Kalau nak rompak, dah lama saya rompak'

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Najib di Pahang: 'Kalau nak rompak, dah lama saya rompak'
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disambut dengan laungan 'Hidup Najib' oleh kepimpinan Umno sebelum menyampaikan amanat pada majlis Himpunan Solidariti di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Kuantan hari ini. - Foto Bernama
KUANTAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertekad untuk terus berjuang mempertahankan kepimpinannya demi pembangunan ekonomi negara dan kebajikan rakyat.

Najib berkata, beliau bukanlah seorang pencuri harta rakyat seperti yang digambarkan oleh pihak yang ingin menjatuhkannya, yang disifatkannya sebagai sengaja dilakukan untuk memburukkan imej beliau sebagai pemimpin nombor satu negara.

"Tuan-tuan dah kenal saya. Saya ini bukanlah (seperti) apa yang dikatakan oleh orang belah sana (yang ingin menjatuhkannya). Saya bukanlah macam itu. Saya telah jaga Pahang (dan negara) dengan sebaik-baiknya.

"Kalau saya nak rompak dah lama saya rompak hutan (balak) sini (Pahang). Saya tidak ambil seinci pun, sebatang pokok pun saya tidak ambil, saya tidak ambil lombong bauksit, saya tidak ambil apa-apa.

"Bila saya jadi perdana menteri saya tidak ubah pendirian saya, saya tidak akan ambil harta rakyat, jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya perdana menteri untuk rakyat," katanya pada majlis Himpunan Solidariti di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib, Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.


JULAI 2015, NAJIB: "Kalau saya nak menyamun pun, takkan saya menyamun bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia"


Pada Julai 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga pernah berkata kepada media semasa program di Semenyih "Kalau saya nak menyamun pun, takkan saya menyamun bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia. Itupun kalau saya nak jadi seorang penyamun," katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapannya di depan kira-kira 400 orang yang menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Bandar Rinching, Semenyih.

Kata Shahbudin "Lihat...walaupun pada hakikatnya Najib tahu wang RM2,600 juta itu benar-benar sudah mengalir ke dalam akaun peribadinya, malah ketika itu akaun itu sudah pun ditutupnya dan wangnya dipindahkan entah ke mana, beliau tetap "berlakon" seolah-olah dirinya seorang yang suci bersih dan mangsa fitnah semata-mata."


"Siap mengungkapkan  "baeeek punya ayat",  "kalau saya nak menyamun pun, takkan saya bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia."

"Sekarang kalau tanya budak sekolah darjah tiga pun dia tahu siapa penyamun sebenarnya..."



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga kemudiannya mengesahkan bahawa hasil siasatan Pasukan Petugas Khas mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukannya dari dana 1MDB, sebaliknya ia adalah sumbangan penderma. 

Kata kenyataan itu lagi, laporan hasil siasatan berhubung isu dana RM2.6 bilion itu telah pun dirujuk dan dimaklumkan kepada peguam negara. SPRM menjelaskan, bahawa semasa Pasukan Petugas Khas dibentuk untuk menyiasat kes ini, mereka (SPRM) dipertanggungjawabkan ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menjalankan siasatan berkaitan dengan 1MDB dan Bank Negara Malaysia (BNM) pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.
 

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.