Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[NAZRI MENDAHULUI TPM?] Zahid kata Dakwaan konspirasi hanya pendapat peribadi Nazri

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[NAZRI MENDAHULUI TPM?] Zahid kata Dakwaan konspirasi hanya pendapat peribadi Nazri

KUALA LUMPUR: Pemangku Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pertemuan antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Gani Patail yang didakwa bukti konspirasi menyingkir Perdana Menteri hanyalah pendapat sahaja.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan oleh anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz kepada FMT Ahad lalu.

“Saya tidak pasti itu, itu pendapat peribadi Nazri lah,” ujarnya dalam sidang media di Konvensyen Perumahan Penjawat Awam 2016, hari ini.

Dalam wawancara itu, Nazri turut mendakwa kerjasama itu turut melibatkan beberapa lagi individu yang disifatkan sebagai penentang.

“Saya hairan juga bagaimana seorang TPM boleh panggil Peguam Negara (untuk bertemu). Sebenarnya beliau tak boleh buat demikian. Kalau sekalipun dia nak berbuat demikian dia kena panggil Jemaah Menteri.

“Ya, dari situ sepertimana (Menteri) Azalina Othman sebut ada tanda konspirasi,” kata Nazri.

Sementara itu, mengulas dakwaan terbaharu Wall Street Journal (WSJ) terhadap Najib dan Kerajaan Persekutuan, Zahid berkata pihaknya menyerahkan tanggungjawab menyekat berita yang melontar dakwaan jahat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Semalam, WSJ mendakwa penyiasat antarabangsa mendapati lebih AS$1 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun Najib, dan sebahagian besar darinya adalah daripada 1MDB, namun tidak menyatakan asal lebihan itu atau apa yang telah dilakukan dengannya.

“Ini agenda setting yang dibuat oleh media luar negara dan saya tak fikir mereka bertindak tanpa ada agenda yang telah ditentukan.

“Tak adil untuk lakukan tuduhan kepada perdana menteri, dan ianya diulang tanpa menyebut bahawa terdapat fakta-fakta konkrit yang telah dijelaskan peguam negara dan juga diperjelaskan kenyataan WSJ,” ujar Zahid. - FMT

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.