Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"OTAI REFORMIS" KECEWA DENGAN KEWUJUDAN TUN!!!

SEMUT HITAM
"OTAI REFORMIS" KECEWA DENGAN KEWUJUDAN TUN!!!
Program ‘Tolak Gabungan Selamatkan UMNO, Bersama Rakyat Jatuhkan Rejim’ semalam menjadi pentas penyokong Pakatan Harapan dan aktivis reformasi meluahkan bantahan terhadap ‘Deklarasi Rakyat’.

Bagi mereka, pemimpin parti pembangkang telah ‘mengkhianati perjuangan’ kerana menjalinkan kerjasama dengan Tun Mahathir yang menurut mereka sudah sekian lama menekan pembangkang dan aktivis sepanjang mentadbir negara.
“Saya melihat kezaliman Dr Mahathir terhadap kawan-kawan saya, jadi bila nampak pimpinan Pakatan Harapan yang sudah rapat dengan kita semua pergi bergambar dengan Dr Mahathir sambil tersenyum, itu amat menyakitkan hati saya,” kata Nashita Md Noor.
Nashita dan suaminya, Bad Latif Mansor adalah ‘muka lama’ dalam siri demonstrasi di negara ini. Malah Bad Latif adalah salah seorang yang dihukum penjara selepas didapati bersalah menyertai bantahan pertukaran kerajaan negeri Perak pada 2009.

Setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail berkata pembangkang tidak memerlukan Dr. Mahathir dan tokoh - tokoh UMNO lain untuk melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Najib sudah lemah dan akan berkubur dengan sendiri, kita tidak perlu bersekongkol dengan mereka (Mahathir dan pemimpin UMNO lain). Dr Mahathir tidak akan datang kepada kita jika anaknya masih Menteri Besar. Muhyiddin juga tidak akan tandatangan deklarasi jika dia masih Timbalan Perdana Menteri,” kata ahli DAP itu lagi.
Sentimen yang sama juga turut dibawa oleh beberapa orang aktivis - aktivis lain, yang kebanyakan dari mereka mencurigai agenda sebenar Tun Mahathir dalam Deklarasi Rakyat.

Walaubagaimana pun, sedikit berbeza dengan mereka yang lain, peguam dan juga aktivis Haris Ibrahim menegur ucapan-ucapan mereka yang disifatkannya terlalu berlandaskan emosi.

Namun beliau tetap menegaskan pendiriannya menolak Deklarasi Rakyat kerana merasakan Dr Mahathir tidak pernah menyesali kesilapannya, justeru tidak komited untuk membawa perubahan.
“Hanya rakyat yang boleh selamatkan negara. Orang politik inginkan kuasa, rakyat inginkan perubahan. Inilah perbezaan antara kedua-dua ini. Dan mereka (penguasa) tidak akan memberikan perubahan, kecuali rakyat yang menjadi kuasa pencetusnya (driving force),” katanya lagi.
Pokok pangkalnya, bukan semua penyokong - penyokong Pakatan Haprak tu suka diperkudakan oleh Tun Mahathir yang dilihat sekadar mahu melunaskan 'Dendam Peribadi' terhadap YAB Perdana Menteri. Maka sebab itu buat bantahan!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.