Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hanya guru Cina di SJKC, apa lagi puak ultra kiasu mahu?

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Hanya guru Cina di SJKC, apa lagi puak ultra kiasu mahu?

BANGI, Isnin – Golongan ultra kiasu dikutuk kerana bersikap rasis dalam isu penempatan guru bukan Cina di sekolah-sekolah Cina.
Terbaharu, pemimpin ultra kiasu parti Gerakan mengancam kerajaan supaya memindahkan penolong pengetua berbangsa India di sebuah sekolah jenis kebangsaan di Ipoh yang baharu dilantik. Sebelum ini, insiden yang sama berlaku di Mentakab.
Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, ultra kiasu Cina tidak mahu menerima guru bukan Cina yang tidak boleh berbahasa Cina.
“Mereka mahukan operasi 78 SMJK Cina dan lebih 1,300 SJKC seratus peratus Cina, menjadi sekolah satu warna. Apa semua ini?,” soalnya dalam tulisan bertajuk ‘Apa lagi mereka mahu’ di Sinar Harian hari ini.
Beliau menyifatkan tindakan pemimpin ultra kiasu ini sebagai rasis dan bercanggah dengan semangat perpaduan nasional.
“Saya sering dituduh sebagai rasis dan lebih Melayu daripada Melayu. Apakah tindakan ini tidak rasis? Hairannya, tidak ada seorang pemimpin Umno yang sensitif. Pembangkang lagilah takut,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Ridhuan Tee berharap agar kerajaan tidak tunduk dengan sikap mereka dan meneruskan dasar menempatkan lebih ramai guru-guru bukan Cina di SJKC dan SMKJ.
“Kerajaan perlu bertegas, seperti mana kerajaan negara lain. Sampai bila mahu bertarik tali? Kita lebih banyak menghulur tali, sehingga talian hayat pun sudah hampir habis. Tinggal apa lagi? Pendidikan adalah asas, tidak boleh dikorbankan.
“Kita harapkan KPM tidak akan tunduk. Pembinaan sekolah dalam sekolah perlu dihentikan. Fikirkanlah sama perkara yang sangat penting iaitu pembangunan negara bangsa bermatlamatkan perpaduan nasional,” katanya.
Beliau juga mempersoalkan keengganan sekolah Cina menerima guru-guru bukan Cina sedangkan masalah ini tidak berlaku di sekolah kebangsaan.
“Jika Sekolah Kerajaan (SK dan SMK) boleh menerima guru bukan Melayu, tidak kira sama ada mereka mahir berbahasa Melayu atau tidak, kenapa sekolah Cina tidak boleh? Apa besarnya sekolah Cina?,” soalnya lagi.
Ridhuan Tee juga mengingatkan golongan ultra kiasu agar menghargai toleransi orang Melayu terhadap mereka.
“Perlulah bertanya kepada guru-guru bukan Melayu di SK dan SMK, bagaimana layanan pengetua Melayu terhadap mereka. Tidak kurang yang mendapat anugerah khidmat cemerlang setiap tahun.
“Apakah sama seperti yang berlaku di SJKC, guru Melayu dianaktirikan? Sebab itu, saya selalu mengingatkan supaya menghargai toleransi orang Melayu. Bangsa ini sangat bertimbang rasa. Kenapa perlu ambil kesempatan?
“Buatlah kajian sistem pendidikan di seluruh dunia, apakah ada seperti Malaysia? Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan semakin hilang peranannya. Bahasa lain semakin mengukuh.
“Tidak cukup dengan itu, desakan dan tekanan terus diberikan termasuk memberikan syarat-syarat guru bukan Cina tidak boleh dipindahkan ke SJKC dan SMJK tanpa kebenaran Dong Jiao Zong dan Hua Tuan. Silibus BM mesti lebih mudah dari SK dan SMK. UEC mesti diiktiraf. Apa lagi mereka mahu?,” katanya. - ismaweb

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.