CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Perbelanjaan Untuk Buku 1MDB & Himpunan Baju Merah Cecah RM600,000
Ujarnya kedua-dua buku diterbitkan bertujuan untuk memberi penjelasan secara fakta mengenai kedua-dua isu berkenaan.
“Ini memandangkan kedua-dua isu dipolitikkan sehingga memberi impak yang ketara dari aspek keselamatan dan kesejahteraan negara,” katanya memetik sumber Astro Awani.
Beliau berkata demikian menerusi jawapan lisan kepada Teo Kok Seong (DAP-Rasah) yang bertanyakan mengenai bilangan buku 1MDB dan Himpunan Baju Merah serta kos pencetakannya.
Ujar Salleh, buku berjudul 1MDB: Siapa kata tidak dijawab dicetak sebanyak 125,000 naskhah dalam tiga bahasa.
Majoritinya dicetak dalam Bahasa Malaysia iaitu 100,000 buah manakala 15,000 buah dicetak dalam Bahasa Tamil dan baki 10,000 buah dicetak dalam Bahasa Inggeris.
Manakala bagi kos pencetakan bagi buku tersebut adalah pada kadar RM4.85 sebuah menjadikan jumlahnya sekitar RM606,250.
Sementara itu bagi buku ‘Himpunan Baju Merah’ pula, ia dicetak pada kadar RM6 sebuah sebanyak 2,000 buah menjadikan jumlah kos pencetakan tersebut sebanyak RM12,000.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.