SEMUT HITAM
PAKATAN TERKEJUT TUN SAMAN NAJIB!!!
Heh! Nampak gayanya permainan Politik puak - puak Pakatan Haprak ni dah makan diri sendiri apabila Tun Mahathir mengambil tindakan bersendirian memfailkan saman terhadap Perdana Menteri.
Rata - rata pemimpin dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu melahirkan rasa kecewa mereka secara diam terhadap apa yang telah dilakukan oleh Mantan Perdana Menteri itu semalam.
Mereka melihat tindakan Tun itu sebagai sesuatu yang boleh meng-GAGAL-kan agenda mereka untuk memburukkan Kerajaan dan juga menjatuhkan Perdana Menteri menjelang 27 Mac ini.
Bagi pendapat mereka, apabila Tun memfailkan saman tersebut, maka secara automatiknya Tun tidak lagi boleh menyentuh isu yang berkaitan dengan dakwaan yang dibuat terhadap PM secara terbuka.
Apatah lagi dalam isu 1MDB. Kerana menurut sesetengah pihak, dalam amalan perundangan, mengulangi dakwaan yang telah dibuat secara terbuka akan menjejaskan prosiding.
Dalam masa yang sama, masyarakat juga turut berpendapat, usaha Tun memfailkan saman tersebut merupakan satu usaha terdesak yang terpaksa diambil bagi mengembalikan mood dikalangan rakyat.
Hakikatnya, semenjak deklarasi yang ditandatangani bersama dengan DAPigs serta beberapa pemimpin Pakatan Haprak tu baru - baru ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.
Bahkan cerita mengenai deklarasi itu juga dianggap 'Basi' dan tidak dapat diterima oleh rakyat diperingkat pertengahan apabila mereka sedar bahawa ianya hanya sekadar untuk kepentingan peribadi.
Maka tak hairan la bila ada pemimpin Pakatan Haprak tu yang meluahkan rasa tak puas hati mereka terhadap Tun Mahathir dalam diam kerana membantah tindakannya memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib.
Kata mereka, secara prinsipnya, Tun tidak boleh bercakap soal isu berkaitan dengan 1MDB secara terbuka kerana ianya akan menjejaskan prosiding mahkamah dan ianya bercanggah dengan amalan perundangan.
Kesimpulan yang mereka buat, Tun sengaja memerangkap dirinya agar dia tidak perlu untuk memberikan ucaptama dalam perhimpunan yang dijadual akan diadakan pada hujung minggu ini nanti. Kalau tidak, saman yang telah difailkan boleh dianggap Tidak Relevan!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.