Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PAS DAH MUAK JADI "PELACUR" DAPigs!!!

SEMUT HITAM
PAS DAH MUAK JADI "PELACUR" DAPigs!!!
Luka Pas terhadap sikap keterlaluan Lim Guan Eng masih lagi berdarah. Dendam mereka atas tindakan biadap Guan Eng masih lagi terpahat. Walaupun di mulut katanya tidak berdendam, akan tetapi kekecewaan yang ditunjukkan jelas nampak Pas masih terasa.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa Pas masih tidak mampu melupakan tindakan Guan Eng yang tergamak memecat ahli-ahli Pas yang sebelum ini berkhidmat di bawah pentadbiran DAP Pulau Pinang.
“PAS secara peribadi kita rasa kecewa dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang. Kita kecewa, terutama sekali apabila kita hadapi pilihan raya bersama dalam Pakatan Rakyat, tetapi apabila kita menang dan orang PAS diterajang keluar, ditamatkan perkhidmatan, dipecat dari jawatan sedia ada,” katanya.
Gomez percaya tindakan DAP itu ada kena mengena dengan pergaduhan mereka mengenai isu perlaksanaan hudud, dan sikap mereka sendiri yang berbeza pendapat serta pandangan.

Pada Jun tahun lepas, DAP membuat keputusan mengejut dengan menyingkirkan semua ahli PAS yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) negeri itu.

Tapi DAP ni cerdik, dorang pecat semua ahli Pas tetapi DAP mendakwa ahli-ahli Pas yang kononnya meletak jawatan. Alaaaa macam protes dekat DAP terus letak jawatan. Sebenarnya sebaliknya yang berlaku, apabila DAP sendiri yang pecat mereka.. Nampak tak permainan busuk parti cauvinis tu.
“Saya fikir ia tidak mencerminkan kepimpinan masa depan negara. Walaupun itu menjadi hak Lim Guan Eng tetapi dari segi bila kita hadapi bersama, orang PAS pun tetap ada hak walaupun hanya satu kerusi,” ujar Tuan Ibrahim.
Tersentak dengan tindakan tersebut Pas kini sedar bahawa DAP sejak dahulu lagi hanya mahu mempergunakan mereka sahaja. Penat-penat tolong berkempen, tolong menangkan kerusi untuk DAP akhir sekali mereka kena tendang.
“Jentera PAS buat kerja dan tolong menangkan kerusi lain. Orang tengok begitu (DAP mempergunakan PAS),“DAP bertemu dengan PAS bila berdepan waktu kritikal seperti tahun 1998 bila mana mereka mahu menggunakan logo PAS dalam pilihan raya dan PAS bersedia membantu,” katanya lagi.
Meskipun dakwa Pas tidak menyimpan dendam akan tetapi mereka tetap sentap dengan tindakan Guan Eng. Hanya tunggu masa Setiausaha Agung DAP itu untuk terima balasan setimpal, Pas menasihatkan agar Guan Eng tidak terlalu angkuh.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.