Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pecat Muhyiddin, Mukhriz tidak selesai masalah - Datuk Seri Shahidan

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Pecat Muhyiddin, Mukhriz tidak selesai masalah - Datuk Seri Shahidan
MENTERI Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.- Foto Eizairi Shamsudin

KUALA LUMPUR: Gesaan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikhuatiri tidak dapat menyelesaikan masalah.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, berkata tindakan mengetepikan pandangan atau pihak yang tidak sealiran dengan kepimpinan parti tidak membantu menjernihkan masalah yang menghimpit parti itu.
Katanya, beliau lebih mempercayai tindakan yang lebih lembut bagi mewujudkan suasana penuh kasih sayang dalam UMNO bagi membantu mencapai titik persefahaman dalam kalangan ahlinya.
"Pendekatan saya lain, pendekatan saya berkasih sayang. Kalau kita mengetepikan mana-mana pihak, pasti tak selesai masalah, menghukum tidak selesaikan masalah.
"Saya sudah pun laksanakan inisiatif bagi wujudkan nilai kasih sayang dalam kalangan rakyat, parti, secara perlahan-lahan. Saya ambil pendekatan agama," katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan beberapa ahli MT serta kepemimpinan UMNO lain yang mahu Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz dipecat kerana bersekongkol dengan pembangkang bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.