Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembangkang bawa usul tak percaya terhadap AG di Parlimen

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Pembangkang bawa usul tak percaya terhadap AG di Parlimen

Pembangkang hari ini mengesahkan telah membawa usul tidak percaya terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali di Dewan Rakyat.
Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen dan Adun PKR, Datuk Johari Abdul berkata, surat daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail itu bertarikh 25 Februari dan telah diterima oleh Parlimen pada 26 Februari.
Bagaimanapun, usul tersebut masih belum dimasukkan ke dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Saya dimaklumkan bahawa Ketua Pembangkang (nak) masuk usul supaya kerajaan Persekutuan ambil tindakan terhadap peguam negara kerana kita hilang keyakinan kepadanya," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.
Johari berkata antara lain tindakan itu diambil kerana Apandi tidak mengenakan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung isu wang derma RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadinya.
Menurut anggota parlimen Sungai Petani itu, perkara itu bagaimanapun berbeza dengan kes derma politik membabitkan bekas pembantu kepada Menteri Besar Selangor pada 2008, Mohd Yahya Mat Sahri yang dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan
"Kita tak puas hati, tak ada keadilan. Jadi saya harap penjelasan di dewan dan rakyat dapat nilai tindakan peguam negara terhadap dua situasi di mana orang susah yang tak salahgunakan wang derma dan satu lagi mahakuasa terlepas daripada apa-apa tindakan," katanya lagi.
Dalam surat tersebut bertulis, sebagai ketua pembangkang, Wan Azizah membuat usul tidak percaya terhadap peguam negara berlandaskan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan 27 (1), (2) dan (3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Januari lalu, Apandi berkata tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Najib berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya serta siasatan berkaitan SRC International.
Sehubungan itu, peguam negara berkata pihaknya akan mengendalikan kertas siasatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mengarahkan supaya kertas siasatan tersebut ditutup serta tiada pendakwaan dibuat terhadap perdana menteri. -MK

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.