SEMUT HITAM
RAKYAT DAH MUAK DENGAN ALASAN BASI AZMIN ALI!!!
Heh! Nampak gayanya alasan Basi yang digunakan oleh Si Menteri Besar Selangor tu sebelum ini untuk terus memperdayakan rakyat tidak mendatangkan sebarang hasil yang diharapkan.
Mungkin Si Menteri Besar Selangor tu ingat, dengan menyalahkan pentadbiran Menteri Besar yang terdahulu dan menunding jari ke arah Kerajaan Pusat boleh melepaskan diri dia sendiri.
Tapi Si Menteri Besar Selangor tu lupa bahawa dia juga ada tanggungjawab dan perlu memikul amanah sebagai pemimpin bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat.
Sebaliknya, Si Menteri Besar Selangor tu dilihat hanya sekadar 'Lepas Tangan' bila setiap kali isu dibangkitkan oleh rakyat berhubung soal kebajikan mereka yang sepatutnya didahulukan.
Rakyat dibawah mahukan penyelesaian, bukannya alasan basi untuk Si Menteri Besar Selangor tu melepaskan diri. Mereka mahu masalah mereka selesai, bukannya nak salahkan orang itu dan ini.
Dek kerana Neglasi dan pengabaian tanggungjawab serta GAGAL memenuhi amanah yang diberikan oleh rakyat kepada Si Menteri Besar Selangor tu, maka terpaksa la diorang bertindak drastik.
Dengar katanya, rakyat yang terlibat dalam pembinaan dua lebuhraya DASH dan SUKE telah membuat laporan Polis kerana kecewa dengan sikap Rejim Pakatan yang dipimpin oleh Si Menteri Besar Selangor tu.
“Kalau mereka tidak mahu berbincang dengan kami mereka boleh berbincang dengan pihak polis,” kata Pengerusi Say No To DASH, Agos Hasan Ashari kepada pemberita di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) di Shah Alam, hari ini.Menurut Agos, antara isu berbangkit adalah kerajaan pimpinan Azmin didakwa melanggar Akta Perancangan Bandar dan Desa, yang menetapkan sebarang projek perlu dimasukkan dalam rancangan tempatan terlebih dahulu. Jika tidak, ia harus ditolak.“Pemeriksaan di pihak berkuasa tempatan mendapati kedua-dua projek tidak dimasukkan dalam rancangan tempatan. Projek SUKE perlu dimasukkan dalam rancangan tempatan Ampang Jaya manakala DASH perlu dimasukkan dalam rancangan tempatan Petaling Jaya 2,” kata Agos.Malah, urusan pengambilan tanah untuk projek berkenaan juga didakwa dibuat secara salah disisi undang-undang.“Mengikut akta, sebelum pengambilan tanah kena ada kewartaan tetapi pengambilan tanah telah berlaku pada 23 Julai 2015. Warta untuk rancangan tempatan hanya dikeluarkan pada 14 Januari 2016,” jelas Agos.
Nah! Itu membuktikan ke-GAGAL-an dan Pengabaian puak Pakatan Haprak tu dalam menjaga soal kebajikan rakyat secara menyeluruh. Jelas rakyat pun dah muak dengan Alasan Basi hasil dari amalan Politik Retorik Si Menteri Besar Selangor tu yang Hipokrit!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.