Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arul Kanda kata kerjanya selesai, akan tinggalkan 1MDB

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Arul Kanda kata kerjanya selesai, akan tinggalkan 1MDB

Setahun berlalu sejak Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy mengambil alih tampuk syarikat pelaburan negara yang sarat dengan hutang itu dan beliau percaya bahawa kerjanya - untuk menyusun firma itu - telah dilakukan.
"Saya hanya sertai (1MDB) untuk satu pertiga daripada apa yang saya akhirnya lakukan," katanya dalam temu bual dengan Bloomberg yang berpangkalan di Amerika Syarikat, semalam.
"Saya tidak sertai untuk disiasat kerana semua itu berlaku selepas saya menyertai (1MDB) dan yang pasti saya tidak sertai untuk berurusan dengan politik atau kerja perhubungan awam.”
Arul Kanda menyertai 1MDB pada Januari 2015 dan dalam tempoh beberapa bulan, syarikat itu telah terlibat dalam pelbagai dakwaan berhubung kewangannya dan menyaksikan siasatan, antara lain dijalankan di Malaysia, Singapura dan Switzerland.
Bekas pegawai bank pelaburan itu bagaimanapun menegaskan tugasnya adalah untuk menyusun semula 1MDB dan menyelesaikan hutangnya.
"Dari perspektif saya, saya sudah selesai. Semua sudah dimeterai. Sudah ada perjanjian yang sah, semuanya terikat. Saya meninggalkan syarikat itu dengan dana yang ada," katanya yang juga adalah seorang peguam.
Walaupun 1MDB dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, syarikat itu, yang lembaga penasihatnya diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, telah secara konsisten menafikan sebarang salah laku.
Arul Kanda juga mempunyai pendapat yang sama - bahawa dakwaan itu tidak berasas dan hanya bermotifkan politik.
Katanya, syarikat itu tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa asing bagi membantu siasatan.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.