Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[SAYA BERHENTI DESAK JIKA RAKYAT SOKONG NAJIB] Adakan pungutan suara terhadap Najib, kata Dr Mahathir

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[SAYA BERHENTI DESAK JIKA RAKYAT SOKONG NAJIB] Adakan pungutan suara terhadap Najib, kata Dr Mahathir

Sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak perlu ditentukan menerusi pungutan suara nasional bagi menyelesaikan permasalahan "secara muktamad" sama ada rakyat masih menyokongnya sebagai perdana menteri ataupun sebaliknya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau akan berhenti menuntut peletakan jawatan Najib jika majoriti pengundi menyokong beliau dalam pungutan suara itu.

"Apa yang akan meyakinkan orang ramai ialah mengadakan pungutan suara atau undi di mana setiap pengundi di negara ini dapat meluahkan sokongannya terhadap Najib.

"Saya memberi jaminan jika Najib menang dalam pungutan suara ini, saya akan berhenti mendesak beliau meletak jawatan. Saya tidak akan berkata apa-apa lagi mengenai 1MDB, RM2.6 bilion dan kediaman mewah di UK, Amerika Syarikat dan Hollywood atau filem lucah 'Wolf of Wall Street'.

"Najib boleh terus menjadi PM Malaysia sampai bila-bila," tulis Dr Mahathir dalam blognya popularnya chedet.cc petang ini.

Tun Mahathir mengkritik Najib dan mendesak beliau supaya meletakkan jawatan hampir setahun lalu susulan skandal kewangan melibatkan syarikat milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Dr Mahathir baru-baru ini menganjurkan Deklarasi Rakyat bagi mendesak penyingkiran dan pembaharuan institusi Najib, bersama beberapa veteran Umno, musuh politik daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara serta pemimpin masyarakat sivil.

Dr Mahathir hari ini berkata isu populariti Najib dan juga pandangan rakyat daripada dakwaan skandal kewangan, boleh diselesaikan secara muktamad menerusi pungutan suara.

"Hanya satu soalan mudah sudah memadai: Najib-benar, Dr Mahathir-salah - atau sebaliknya bergantung kepada siapa yang anda sokong. Rakyat Malaysia sudah biasa dengan pengundian.

"Pungutan suara ini perlu dijalankan sebuah syarikat pendapat umum asing dipercayai, dipantau wakil daripada kedua-dua individu berkenaan.

"Jika saya memperoleh banyak undian, ini bermakna rakyat menerima apa yang saya tekankan mengenai salah laku kewangan Najib sebagai benar, maka beliau perlu meletakkan jawatan," kata Dr Mahathir.

Najib yang mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, menafikan sebarang salah lakunya dan menegaskan beliau mempunyai mandat rakyat untuk memimpin negara ini.

Putrajaya, dalam satu kenyataan baru-baru ini mengumumkan penyingkiran Dr Mahathir sebagai penasihat kepada syarikat minyak negara Petronas, malah mengatakan Najib "dipilih secara demokrasi" dan hanya boleh disingkirkan melalui pilihan raya.

Dr Mahathir berkata, Najib hanya mampu menutup mulut beliau dengan menangkap dan menahan individu tanpa bicara. Tindakan "menjengkelkan bekas PM ini" muncul selepas Akta Majlis Keselamatan Negara ditandatangani Yang di-Pertuan Agong dan dikuatkuasakan.

"Saya mendapat mesej ini (tangkapan) adalah apa yang menanti saya jika saya tidak menamatkan dan berhenti bersuara, saya tidak akan berdiam diri." – 14 Mac, 2016.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.