Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SI PONDAN DAN GUAN ENG DITENYEH KERANA "GILA KUASA"!!!

SEMUT HITAM
SI PONDAN DAN GUAN ENG DITENYEH KERANA "GILA KUASA"!!!
Saya pun teringin sangat nak tengok setakat mana prestasi parti Rafizi Ramli dan parti Lim Kit Siang tanpa PAS”.

Itu sindiran "pedas" yang dibuat oleh pemimpin PAS Terengganu, Ahmad Amzad Hashim ke atas pemimpin Pakatan Harapan kerana sering memperlekehkan partinya selama hari ini.

Kata Ahmad Amzah, sebenarnya Rafizi yang mewakili PKR dan Guan Eng dari kalangan DAP sedang berada dalam keadaan kelam kabut kerana mengamalkan politik GILA mahu berkuasa.
“Orang-orang mereka ni galak sangat duk mengata konon PAS sudah lemahlah, akan tewas besarlah. Selama ini DAP perlekehkan PAS, tiba tiba pula kata blok ke tiga yang dipimpin PAS akan melemahkan Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Amzah juga berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah banyak kali menegaskan bahawa bukan tujuan PAS memerintah sebagai satu parti sahaja.

Katanya, negara ini bukan hanya setakat milik parti politik sebaliknya ada banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang turut mewakili pelbagai pendapat dan juga aspirasi dikalangan rakyat.
“PAS tidak pernah menolak mentah mentah NGO dalam mana mana rundingan pembentukan usaha politik. Persepakatan politik boleh sebelum pilihan’raya. Selepas pilihan raya pun banyak ruang yang ada,” katanya.
PAS baru-baru ini mengumumkan akan membentuk satu blok politik baharu. Pengumuman itu meresahkan sebilangan besar pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan yang khuatir akan memberi kesan kepada gabungan beberapa parti pembangkang tersebut. – mynewshub.cc

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.