Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SIBUK JAGA PARTI LAIN, MAHFUZ BEAN KETINGGALAN!!!

SEMUT HITAM
SIBUK JAGA PARTI LAIN, MAHFUZ BEAN KETINGGALAN!!!
Huh! Apa gunanya Si Mahfuz Bean ni dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Harian PAS jika isu dalam parti sendiri pun dia boleh tak ambik tau? Kan pelik sangat nampak gayanya tu?

Walhal isu berkaitan dengan cadangan untuk mewujudkan gabungan Pakatan Baru dikalangan PAS dan juga parti - parti lain tu sudah menjadi satu tajuk besar dilaman media.

Bahkan rakyat diperingkat bawahan pun dah mula memperkatakan mengenainya. Nak pulak apabila tiba menjelang pengumuman yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan PAS esok.

Dalam kenyataan hari ini, Si Mahfuz Bean tu kata dia 'Terkejut' mendengar berita mengenai pengumuman yang dibuat oleh kepimpinan PAS mengenai cadangan untuk mewujudkan gabungan tersebut.
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengaku terkejut ketika ditanya mengenai blok perpaduan politik baharu yang bakal dibentuk Pas.

Menjelaskan tidak terlibat dengan perbincangan mengenai pembentukan blok tersebut, Mahfuz mendakwa hanya mengetahuinya menerusi pengumuman yang dibuat Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan baru-baru ini.

Bagaimanapun kata Mahfuz lagi, beliau akan menunggu pengumuman daripada Pas berkaitan blok politik ketiga itu.

"Saya tidak tahu apa-apa (mengenai perkara itu). Saya pun sebenarnya terkejut dengan berita itu.


"Mereka tidak ada bincang apa-apa dengan saya. Itu perbincangan melibatkan pimpinan atasan. Bagaimanapun saya tidak sabar menunggu pengumuman nanti," katanya ketika ditemui Sinar Online di sidang Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini.
Itu menunjukkan yang Si Mahfuz Bean ni tak ambik peduli lansung dengan apa yang sedang berlaku dan dilakukan oleh kepimpinan parti dia sendiri. Sebaliknya, dia sibuk jaga tepi kain orang lain.

Kalau sebelum ini, Si Mahfuz Bean tu sibuk dok menyerang UMNO dan menyokong beberapa orang pemimpin parti itu. Malah Si Mahfuz Bean tu juga turut sama menghentam partinya sendiri.

Jadi, adalah lebih baik Si Mahfuz Bean tu letak jawatan dari terus menjadi Ahli Jawatankuasa Harian PAS jika dia terus nak menjaga kepentingan Politik Peribadi orang lain!!! Takde faedahnya kalau simpan orang Si Mahfuz Bean tu lama - lama!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.