Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tan Sri Irwan Serigar BAKAL GANTI Zeti GABENOR Bank Negara, lapor WSJ

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Tan Sri Irwan Serigar BAKAL GANTI Zeti GABENOR Bank Negara, lapor WSJ

Tan Sri Irwan Serigar Abdullah akan menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai gabenor Bank Negara, walaupun bank pusat itu berusaha menamakan calon dalamannya, laporThe Wall Street Journal (WSJ) hari ini.

Akhbar harian kewangan Amerika Syarikat (AS) yang memetik sumber berkata, Putrajaya akan menamakan Irwan, ketua setiausaha perbendaharaan sebagai gabenor Bank Negara baharu minggu depan.

Penggal perkhidmatan Zeti berakhir pada April dan semalam beliau berkata, Bank Negara sudah mengemukakan nama pengganti beliau.


"Kami sudah membuat cadangan dan kerajaan akan membuat keputusan serta mengemukakan nama kepada (Yang di-Pertuan) Agong," kata Zeti kepada pemberita semasa majlis Forum Wharton Global 2016 di Kuala Lumpur semalam. 

"Hanya bersabar. (Ia akan diumumkan) tidak lama lagi," katanya ketika ditanya siapa yang akan menjadi pilihan beliau di antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Timbalan Gabenor Bank Negara Datuk Mohamed Ibrahim.

WSJ melaporkan, Pejabat Perdana Menteri, Bank Negara dan Irwan tidak mengulas mengenai kemungkinan pelantikan itu.
Irwan menyertai Kementerian Kewangan pada 2003 dan merupakan ahli lembaga Bank Negara.

WSJ berkata, jika Irwan dilantik, ia "mungkin satu tamparan kepada usaha (melobi) Zeti" untuk mengisi jawatan itu dengan calon dalaman.

Akhbar itu memuji Zeti kerana "pengurusan ekonomi beliau yang stabil", menarik pelabur kepada saham dan bon.

Pada tahun akhir tempoh perkhidmatannya, beliau terpaksa bergelut dengan penyusutan ringgit dan kesan daripada skandal berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB dan Irwan turut menganggotai lembaga itu.

WSJ kali pertama kali mendedahkan pada Julai lalu sebanyak AS$681 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib dan berkata, dana itu datang daripada 1MDB.

Sebanyak RM42 juta lagi daripada SRC International Sdn Bhd juga dipindahkan ke dalam akaun Najib.

Penyiasat di sekurang-kurangnya 5 negara termasuk AS, menyiasat berbilion-bilion yang hilang daripada 1MDB.

"Bank Negara menjadi antara agensi paling agresif menyiasat dakwaan terhadap dana itu, yang 100% dimiliki kementerian," kata WSJ.

Pada Januari, peguam negara berkata tidak terdapat "bukti mencukupi" untuk mengenakan Najib dengan perbuatan salah laku jenayah berhubung dana RM2.6 bilion, yang mana Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata ia sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi. – 12 Mac, 2016. TMI

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.