Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

'COMOT' AWEK MERECEK NI DIBUATNYA!!!

SEMUT HITAM
'COMOT' AWEK MERECEK NI DIBUATNYA!!!
"Persepsi masyarakat bahawa 'wanita cantik tak pandai memasak' sudah lama berlalu". Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Chef Celebriti, Anis Nabilah Umaruddin.

Pemegang Diploma Professional Chef in Culinary Arts dari Food Institute of Malaysia itu berkata, masyarakat masa kini semakin sedar bahawa adalah tidak wajar untuk mengaitkan imej atau kecantikan seseorang wanita dengan kerja-kerja dapur.
"Sekarang ni lawa atau tak semua dah masuk dapur. Jadi persepsi itu sudah bertukar, terutama di kalangan wanita muda."Memasak sekarang sudah jadi satu gaya hidup dan hobi. Semua wanita begitu teruja untuk memasak, sama ada untuk diri sendiri, kawan-kawan atau untuk ahli keluarga," katanya kepada mStar Online.
Lebih senang dikenali dengan nama Anis yang berusia 30 tahun ini merupakan diantara calon kategori Chef Selebriti Pilihan Online menerusi Anugerah Pilihan Online 2016 (APO 2016).

Mula popular menerusi rancangan realiti TV adik-beradik 'The Dream Sisters', Anis berkata apabila seseorang wanita itu masuk ke dapur, secara automatik mereka akan memberi tumpuan penuh terhadap kerja-kerja dapur dan hasil masakan akan menjadi keutamaan.

Justeru katanya, sejauh mana pun seseorang wanita itu mementingkan kecantikan, apabila menjejakkan kaki ke dapur elemen itu akan ditolak ke tepi untuk seketika.
"Kalau anda tengok 'show' saya di televisyen memanglah saya nampak cantik sebab ia adalah kehendak produksi. Tapi bila saya memasak di rumah, saya seperti orang lain juga. Mungkin saya lebih comot daripada anda," katanya sambil ketawa.
Anis yang juga turut menyatakan bahawa beliau gemar mencuba pelbagai jenis makanan berkata, beliau tidak mempunyai sebarang rahsia yang tertentu untuk mengekalkan bentuk badan.
"Saya hanya bersenam, tak makan coklat dan kurangkan gula. Bukan untuk jaga berat badan atau untuk saiz badan, tapi untuk kesihatan. Saya tak mahu ada masalah kesihatan di kemudian hari," katanya yang gemar makan masak lemak daging salai.
Mengenai saingannya dalam APO 2016, Anis berkata, beliau tidak pernah melihat mana-mana chef sebagai pesaing, namun berterima kasih kepada peminat yang telah mengundinya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.