Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DOA "MEMALUKAN" BADRUL KHALWAT BUAT TUN MAHATHIR!!!

SEMUT HITAM
DOA "MEMALUKAN" BADRUL KHALWAT BUAT TUN MAHATHIR!!!
Heh! Seperti mana yang kita duga sebelum ini. Kehadiran Tun Mahathir dalam perhimpunan semalam memang tidak berapa dialu - alukan oleh puak Pakatan Haprak tu sepenuh hati.

Sebaliknya, kehadiran dan penyertaan Bekas Perdana Menteri Malaysia tu hanya sekadar untuk dimalukan serta diaibkan secara terbuka oleh puak Pakatan Haprak tu. Nak pulak dikalangan penyokong PKR.

Sudah la sebelum ini Si Wan Azizah dan anak sulungnya menunjukkan sikap JIJIK mereka terhadap Tun Mahathir dengan tidak berdiri diatas pentas yang sama dalam perhimpunan semalam.

Nampak gayanya kemarahan mereka terhadap Tun Mahathir masih berkobar, apabila ada yang menyampaikan serangan tersirat terhadap bekas Perdana Menteri itu dalam ucapan mereka.

Lebih buruk, ada serangan yang dibuat sebaik sahaja selepas Tun Mahathir selesai menyampaikan ucap dan sedang turun dari trak yang dijadikan sebagai pentas utama untuknya berucap.

Pemimpin PKR, Badrulamin Bahrom yang sebelum ini telah ditangkap berkhalwat dengan isteri orang tu pun sempat juga menyindir Bekas Perdana Menteri itu didalam doa yang telah dibaca:
“Semoga Tuhan memberikan balasan kepada “mereka yang zalim” ketika mereka masih hidup. Kamu ingat kamu Mahafiraun, tapi Mahafiraun pun tenggelam dalam lautan. Kamu ingat kamu Mahazalim, tetapi Tuhan akan hancurkan orang yang zalim,” katanya.
‘Mahazalim’ dan ‘Mahafiraun’ adalah nama yang digunakan pembangkang untuk merujuk kepada Mahathir, terutama ketika era Reformasi selepas ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kabinet pada 1998.

Malah, Badrulamin dalam bacaan doanya berkata, “Hukumlah mereka yang mula-mula memenjarakan Anwar, dan yang terus memenjarakan Anwar.

Ketika Mahathir selesai memberikan ucapan dan masih di pentas, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dengan nada bergurau berkata, “Jangan bimbang, Tun sudah berusia, dia takkan jadi Perdana Menteri semula,” yang mana katanya itu disambut ketawa hadirin.

Segelintir penyokong turut menjerit meminta Mahathir supaya berhenti. Dengan menutup mulut mereka, mereka melaungkan perkataan “Reformasi!” dan “Undur Mahathir!” dari belakang pentas ketika ahli politik veteran itu berucap.

Dan kebanyakan dari mereka adalah dari kalangan ahli dan juga pentaksub PKR termasuk Badrul Amin sendiri sebelum dia dipanggil dan diumumkan untuk membacakan doa penutup.

Sekaligus, tindakan tersebut membuktikan bahawa kehadiran Tun Mahathir dalam perhimpunan semalam adalah untuk mengaibkan bekas Perdana Menteri itu secara terang - terangan. Bukannya diorang betul - betul menghormati dia!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.