CELAH GELEGAR
[BERITA MENYAYAT HATI] HIDUNG Hishamuddin TERSUMBAT Jadi Tajuk Berita Astro Awani
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein jatuh sakit akibat jerebu teruk yang melanda negara ketika ini.
Ahli Parlimen Sembrong itu menerusi laman Twitternya memaklumkan, beliau telah kehilangan suara serta hidungnya tersumbat.
Begitulah hebatnya nilai berita pada masa kini.
Hanya beberapa patah perkataan dari twitter seorang pemimpin boleh menjadi bahan berita.
Wartawan berlumba-lumba mendapatkan berita terkini, hinggakan lubang hidung Menteri tersumbat pun menjadi sesuatu yang penting dan bahan untuk coretan di media.
Bayangkan pada zaman dahulu, jika berita hidung Menteri tersumbat dijadikan berita di akhbar-akhbar. Mungkin akhbar tersebut dengan kedai-kedainya sekali akan dibakar oleh pembaca kerana menganggap betapa tidak pentingnya berita tersebut kepada kehidupan mereka.
Mereka lebih menunggu-nunggu berita kenaikan harga getah, berita-berita penting negara, dan berita dunia.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.