Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[DATUK SAIFUDDIN JAWAB NO KOMEN] DIBERI SURAT TUNJUK SEBAB kerana Hadir Mesyuarat Meja Bulat Pembentukan PAKATAN Pembangkang

CELAH GELEGAR
[DATUK SAIFUDDIN JAWAB NO KOMEN] DIBERI SURAT TUNJUK SEBAB kerana Hadir Mesyuarat Meja Bulat Pembentukan PAKATAN Pembangkang

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah diberi surat tunjuk sebab kerana menghadiri ‘Sidang Meja Bulat Pakatan 2.0’ yang diadakan bagi memuktamadkan pembentukan pakatan baharu parti pembangkang. 

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengesahkan perkara itu berkata, Saifuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Temerloh diberi tempoh 14 hari untuk menjawab surat tunjuk sebab tersebut. 

“Kita sudah hantar surat tunjuk sebab kepada beliau. Dalam tempoh 14 hari, Saifuddin perlu menjawab dan menjelaskan sebab-sebab mengapa beliau hadir ke program pembangkang. 

“Kalau tidak dijawab, beliau akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 


Saifuddin hadir dalam sidang meja bulat dan pelancaran Pakatan Harapan hari ini sekali gus mencetus pelbagai persoalan terutamanya apabila melihat hubungan rapatnya dengan pembangkang akhir-akhir ini. 

Bagaimanapun, beliau yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO ketika ditemui pemberita di majlis itu memberitahu, kehadirannya atas kapasiti peribadi sebagai Pengerusi Akademi Belia. 

Sementara itu, Saifuddin ketika dihubungi bagi mengulas surat tunjuk sebab yang diserahkan kepadanya enggan memberi sebarang komen. 

“Salam. Tiada komen buat masa ini. Terima Kasih,” katanya ringkas menerusi WhatsApp. -Utusan Malaysia

Beberapa minit lepas, Datuk Saifuddin telah memuat naik mesej di facebook beliau seperti berikut:

"Muhasabah diri ttg pengorbanan dlm perjuangan. Amat kecil brbanding mrk yg brhadapan pelbagai tribulasi: dibuang kerja, diaibkan, dipenjara & dibunuh. Selamat menyambut Hari Raya Idil Adha!"


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.