SEMUT HITAM
SKANDAL DEIG: 30 BILLION LESAP, HUTANG 500 JUTA???
Aduhai!!! Nampak gayanya, Si Menteri Besar Cap Ayam tu semakin hari semakin tersepit apabila isu berkaitan dengan skandal Syarikat 2 Ringgit dia terus menjadi persoalan dikalangan rakyat.
Jika sebelum ini, syarikat Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang diketuai oleh Si Menteri Besar Cap Ayam tu dikatakan telah 'melesapkan' Dana Rakyat bernilai RM 30billion.
Dikatakan Dana Rakyat sebanyak itu dulunya menjadi milik anak syarikat dibawah Menteri Besar Incorporated (MBI) yang menguruskan hal - hal berkaitan dengan kebajikan rakyat Negeri tersebut.
Kali ini, Si Menteri Besar Cap Ayam tu sekali lagi berada dalam keadaan 'Panas Punggung' apabila laman portal Malaysia Today membuat pendedahan hangat terhadap syarikat 2 Ringgit tu.
Menurut laporan yang didedahkan laman portal tersebut, syarikat milik penuh Rejim Pakatan pimpinan Si Menteri Besar Cap Ayam tu cuba untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM 500juta!!!
Ekoran dari pendedahan tersebut, pihak media di Malaysia cuba mencari jawapan terhadap skandal yang dibangkitkan dan bertanya mengenainya kepada Si Menteri Besar Cap Ayam tu sendiri.
Tapi MALANGnya, Si Menteri Besar Cap Ayam tu enggan menjawab pertanyaan yang diajukan oleh pihak wartawan dan sebaliknya mempersoalkan mengenai laman portal berkenaan.
“Malaysia-Today siapa punya?,” katanya ringkas sambil berlalu tanpa menjawab soalan yang ditanya wartawan Utusan.Akhbar itu pada Selasa menyiarkan laporan yang memetik artikel di laman portal Malaysia-Today yang mendakwa sebuah bank telah mengeluarkan surat tawaran pinjaman kepada DEIG yang mana jika benar, berkemungkinan digunakan oleh syarikat itu untuk menampung operasinya.- lapor FMT
Ternyata, tindakan yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Cap Ayam tu hanya mengecewakan pelbagai pihak yang masih dalam keadaan tanda tanya terhadap status sebenar DEIG.
Persoalannya, kenapa Si Menteri Besar Cap Ayam tu enggan menjawab dakwan yang dibuat oleh laman portal tersebut jika dia benar - benar tidak bersalah? Kenapa dia perlu sindir soalan yang diajukan?
Dari satu sudut, nampak sangat yang Si Menteri Besar Cap Ayam tu ada agenda yang sengaja disembunyikan dari pengetahuan rakyat yang mahu tahu Kebenarannya. Mungkin sebab itulah dia cuba mengelak dan bertindak sinis terhadap persoalan yang dibangkitkan!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.