Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[ISU RUMAH PELACURAN] Mohd Danial Madani JAWAB Saiful Nang - Jangan Termakan HASUTAN Syiah

CELAH GELEGAR
[ISU RUMAH PELACURAN] Mohd Danial Madani JAWAB Saiful Nang - Jangan Termakan HASUTAN Syiah

MENJAWAB BALIK STATUS SAIFUL NANG - AIB TANAH HARAM 

Saya telah berhubung dengan beliau di whatsapp sebelum melakukan status ini untuk meminta penjelasan terakhir sebelum saya menulis apa-apa tentang statement atas status beliau. Saya akan fokus tentang tanah haram dan Negara Arab Saudi secara umumnya. 

Seperti mana tulisan beliau yang saya copy terus dari status beliau:

"Tahukah anda, terdapat banyak rumah pelacuran di Tanah Haram? (Sila berjalan di kampung-kampung di sekitar Tanah Haram anda akan dapat lihat sendiri secara tersembunyi?"

Saya yakin ramai orang Islam yang membaca tulisan ini samada yang pernah datang ke tanah haram Mekah atau belum akan rasa terkilan kerana dengan berani beilau menyebut perkara seperti ini didepan orang awam dan dibaca oleh ratusan ribu orang. 

Persoalan awalnya untuk tujuan apa didedahkan kepada orang awam? 

Saya telah bertanya beliau apa motif status ini? 

Jawab beliau (Saiful Nang): 

"Supaya manusia sedar islam sudah masa untuk dibangkitkan bukan terus menerus dalam kebatilan yang nyata dihadapan mata"

Persoalanya apakah dengan cara menulis status itu adalah cara yang betul dan paling baik serta menjadi jalan untuk membangkitkan Islam? Apakah semua perkara yang kita tahu kita perlu beritahu? Dan apakah medan FB adalah tempat yang sesuai untuk menceritakan segala-galanya lebih-lebih lagi berkaitan keaiban tanah haram yang mulia? 

Saya tanya lagi, apakah nama kampung yang banyak tempat pelacuran tu? 

Jawab beliau (Saiful Nang):

"Tahan pemandu teksi badwi.. tanyakan sahaja tempat pelacuran disekitar perkampungan ..............(saya tidak tulis nama kampung) dan sebuah lagi kampung jika nak ke arafah akan melaluinya. Saya pernah dengar perkara itu dan saya tanyakan orang biasa disana dan ramai mereka juga yang tahu" 

Jika kita diteliti tulisan beliau seakan-akan beliau pernah pergi sendiri dan melihat, walhal beliau hanya tanya orang biasa disana (mekah) dan minta saya tanya pemandu teksi badwi. Ini jelas menunjukkan beliau tidak pernah pergi dan nampak sendiri, atau jika pernah pergi sekalipun atas tujuan apa? dan bagaimana tergamak boleh sampai ke sana dan ambil tahu keburukan-keburan tanah haram? Sepanjang saya bermuamalat dengan jemaah umrah dan haji tiada yang ringan mulut mereka mahu bercerita perkara-perkara buruk apatah lagi mahu mencari-cari keburukan dan menceritakan bila sampai ke tanah air. Na'uzubillah. 

عن حفص بن عاصم رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " كفى بالمرء كذبا أن يحدّث بكل ما سـمع
Daripada Hafs bin 'Asim radiallahu 'anhu, berkata Rasulullah saw: "Cukuplah seseorang itu dianggap seorang penipu jika dia menceritkan apa sahaja yang dia dengar. (HR Muslim)

Jika ia benar sekalipun, ia tidak wajar disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah yang besar dan mengelirukan perasaan orang awam tentang kebaikan tanah haram. 

الفتنة نائمة لعن الله من أيقظها
"Fitnah itu sifatnya seperti sesuatu yang tidur, dan laknat Allah atas mereka yang mengejutkannya"

Kami sebagai pelajar yang duduk tanah haram pun tidak sanggup nak tahu, dan nak dengar apatah lagi menceritakan kepada orang awam kerana tiada keperluan bahkan mewujudkan perasaan benci dan sangka buruk kepada tanah suci haram. Kami tahu ada kelemahan-kelemahan atau kekurangan yang berlaku di tanah haram atau Arab Saudi yang kami nampak didepan mata sendiri, tapi kami anggap itu ialah dosa atau keburukan yang tidak dapat dielak seperti sikap orang arab yang kasar dan lain-lain, tidak pula kami mahu tangkap gambar-gambar buruk atau menyibukkan dengan bercerita tentangnya. Ini tugas kita untuk menjaga aib ini dari orang Islam sendiri atau musuh-musuh Islam. 

Saya tanya beliau kenapa ambil khabar hanya dari bertanya sahaja? JIKA benar apakah wajar untuk memburukkan nama bumi haramaian di status FB? Kenapa tidak bertindak memberi teguran terus kepada pihak berkuasa? 

Jawab beliau:

"Saya berani cakap kerana saya takut memfitnah tanah haram jika itu tidak benar. "All the best kami ada cara kami untuk kembalikan islam pada islam, tuan buat cara tuan, jika tujuannya sama kita akan berselisih lagi nanti" 

Apakah jika tidak berani memfitnah tanah haram menjadi harus dan perlu untuk mengaibkan tanah haram? Mengaibkan tanah haram itu kenapa boleh jadi berani? Kenapa tidak diadukan kepada pihak berkuasa, samada polis sendiri, badan-badan dakwah seperti badan amar makruf nahi mungkar, maktab-maktab yang berkaitan dan banyak lagi jalan untuk berkongsi maklumat dengan tujuan mencegah kemungkaran. Bukankah itu lebih baik? 

Menutup aib dan menegur secara senyap. Jika tidak lebih baik DIAM dan cegah dalam hati bukan beritahu semua orang! dan bukankah lebih MENDAMAIKAN dari menyibukkan lidah menceritakan keburukan. Saya tidak dapat pastikan tentang "banyaknya" rumah pelacuran seperti yang beliau dakwa, dan saya tak nak tahu perkara-perkara buruk seperti itu. Jika ada wajib untuk simpan dan berdosa memberitahu tanpa tujuan yang jelas. 

Buat pengetahuan pembaca, kerajaan Arab Saudi telah melakukan terbaik dalam urusan dakwah, banyak buku-buku agama disebarkan secara percuma dan poster-poster dakwah ditampal serta pamplet-pamplet diedarkan secara percuma untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Situasi seperti ini dirasai oleh kami sendiri yang hidup disini. Selain itu ada kereta yang meronda dikawasan pekan untuk mengajak masyarakat solat dan segera tutup kedai untuk menunaikan solat. Saya tidak pernah rasa situasi seperti ini di Malaysia malah beberapa negara yang saya pernah singgah, iaitu waktu solat dihormati sepenuhnya dan masjid dipenuhi untuk menunaikan solat dan kedai-kedai ditutup kesemunya. Subhanallah. Apakah ini bukan sesuatu yang baik dan wajar ditiru dan diikuti dan dijadikan tauladan yang baik buat semua umat Islam? 

Apakah sehingga sekarang kita masih tidak sedar bahawa SYIAH LAKNATULLAH selalu memburuk-burukkan nama ARAB SAUDI bagi kepentingan nafsu dan agenda mereka? 

Apakah kita masih jahil bahawa IRAN sentiasa mengambil peluang untuk memburuk-burukkan negara Ahlus Sunnah seperti Arab Saudi? 

Bacalah kenyataan-kenyataan fasad dan batil mereka seperti yang dalam akhbar. MEREKALAH sebenarnya yang menjadi orang tengah yang memecah belahkan kaum muslimin sunni. Mereka mencari apa sahaja jalan untuk memburukkan Arab Saudi terutamanya Mekah dan Madinah agar kaum muslimin timbul rasa benci, sangka buruk dan bertelagah sesama sendiri. Hayatilah surah al-Hujurat ayat 6 yang mana Allah mengarahkan kita memeriksa (tabayyun) apa sahaja berita yang datang dari orang fasiq agar kita tidak menyesal kerana menyebarkannya. 

PERSOALAN TERAKHIR:

1. Kenapa beliau menulis status diwaktu ini yang mana dunia sedang mencari-cari keburukan Kerajaan Arab Saudi dalam isu haji, ini akan menyebabkan kemarahan orang lain yang susah memahami isu dengan baik dan menyebabkan ramai orang salah faham. Apakah beliau menyimpan sesuatu dendam? 

2. Apakah tanah haram itu sifatnya mensucikan? apakah semua yang duduk ditanah haram mesti kena suci dari dosa? apakah langsung tiada pelaku maksiat di zaman Nabi saw, bahkan ramai melakukan syirik menyembah berhala di kota Mekah ketika Nabi saw masih hidup? Apakah tugas dan yang dilakukan Nabi saw ketika itu? 

Tidakkah beliau tahu dizaman Nabi saw ada seorang lelaki yang kuat minum arak dan telah dihukum tetapi Nabi saw tetap melarang para sahabat melaknatnya kerana kata Nabi saw 

لا تلعنوه فالله ما علمت أنه يحب الله ورسوله
"Janganlah kalian melaknati beliau, demi Allah aku mengetahui bahawa beliau mencintai Allah dan Rasul" (HR Bukhari) 

3. Apakah Kerajaan Arab Saudi perlu jadi sempurna sentiasa dimata beliau tanpa sedikit pun kekurangan dan kelemahan yang pasti akan berlaku? Apakah tugas orang Islam bila mengetahui kekurangan seseorang? apakah mengaibkan? menambah rosak? menjatuhkan? 

عن المبارك قال : كان الرجل إذا رأى من أخيه ما يكره أمره في ستر , فيؤجر في ستره , ويؤجر في نهيه , فأما اليوم فإذا رأى أحد ما يكره استغضب أخاه وهتك ستره
Berkata Ibn Mubarak:
"Dulu, seseorang apabila melihat pada saudaranya terdapat hal yang dibenci diapun memerintahkannya atau melarangnya dengan sembunyi, sehingga dia diberi pahala atas teguran secara sembunyi dan larangannya (dari sesuatu yang tidak disenangi). Adapun hari ini, apabila seseorang melihat apa yang dia benci, dia membuat saudaranya marah dan dia sebarkan aibnya(saudaranya)."

Persoalan saya apakah dengan status itu akan menambah baik? atau menambah kebencian sesama muslim? 

4. Apakah wujud negara yang maksum atau sunyi dari segala maksiat, dosa, dan jenayah? Apakah Mekah dan Madinah telah dijamin maksum oleh Allah dan Rasul bahawa penduduknya akan bersih dari dosa! 

5. Apakah beliau dikatakan tidak bertanggungjawab jika andaikata beliau ada pekerja-pekerja yang berdosa dan melakukan jenayah walhal beliau telah melakukan terbaik untuk menjaga pekerja-pekerja beliau. Situasi yang sama, maka apakah Kerajaan Arab Saudi tidak melalukan apa-apa tindakan, arahan dan gerak kerja bagi membasmi jenayah di Arab Saudi khususnya di Mekah dan Madinah jika wujud juga rakyatnya yang melakukan jenayah? 

6. Tulisan beliau di status: 

"Tanah itu dahulu pernah kotor dan pernah disucikan oleh nabi muhammad saw. Dan ia boleh sahaja kotor kembali pada hari ini. Suci bermakna tiada setitikpun kekotoran. Bagaimana air susu segelas dikatakan suci walaupun hanya sebutir tahi cicak jatuh ke dalamnya. Kita sendiri tidak sanggup minumnya walaupun nisbah tahi cicak dan susu itu hanya kurang dari 0.5% sahaja" 

Ini adalah qiyas (anologi) yang fasid, bagaimana air susu boleh diqiyaskan dengan sesebuah negara? Apakah Tanah suci itu bermakna tiada kekotoran maksiat dalamnya? Jadi jika begitu cara fikirnya iaitu tidak sanggup minum susu yang jatuh tahi cicak, maka apakah beliau tidak sanggup juga ke tanah haram atas sebab rumah pelacur dan keburukan-keburukan lain? 

7. Beliau menyatakan dengan jelas, terdapat BANYAK rumah pelacuran ditanah haram. Dimanakah bukti banyak tersebut? 

Kesimpulan saya untuk isu ini, saya tidak menafikan kebaikan beliau dan ada kritikan-kritikan dalam status beliau sebelum ini yang baik dan boleh difikirkan oleh rakyat Malaysia tetapi TIDAK untuk status ini. 

Bahkan kami pernah berhubung sebelum ini untuk saya kongsi maklumat berkaitan Universiti Islam madinah kepada beliau TETAPI untuk isu ini saya anggap beliau tersasar jauh dan seperti yang saya sebutkan "BUKAN SEMUA PERKARA KITA KENA TAHU DAN BUKAN SEMUA PERKARA YANG KITA TAHU KITA KENA BERITAHU" - Jangan cuma jadi ahli untuk semua perkara!

Contohilah akhlak lidah Imam Malik yang tidak malu untuk menjawab " Ana La Adri " saya tidak tahu walhal beliau adalah Imam Darul Hijrah! 

Rasulullah saw bersabda:
من حسن اسلام المرء تركه ما لايعنيه
"Antara kebaikan Islam seseorang itu ialah ia meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat buatnya" (HR Termizi)

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فليقل خيرا أو ليصمت
"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau DIAM" (HR Bukhari dan Muslim)

Semoga Allah menjadikan kita dalam kalangan mukmin yang jauh dari hasad, dendam dan sukakan kebencian sesama muslim. Moga Allah pimpin terus hati kita untuk jadi 'agent' ISLAH dan sentiasa memberi nasihat demi Maslahat kepentingan kesatuan Umat Islam dengan cara yang betul. Saya bersedia berjumpa beliau untuk menyambung silaturrahim kerana kita masih ada banyak kerja untuk Islam dan Umat Islam kearah mengajak manusia kepada tauhid, akhlak dan Ilmu yang sahih. Wallahu'alama bissawab

"Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia" ( Ali-Imran: 96)

Mohd Danial Madani,
Sabtu 26 September,
Jeddah KSA

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.