SEMUT HITAM
MUFTI PAHANG BIKIN ADUN DAPigs TERKEDU!!!
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tidak akan tunduk kepada tuntutan DAPigs yang mahu badan itu memohon maaf dan menarik balik teks khutbah Aidiladha yang didakwa sebagai memfitnah parti itu.
Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan, kandungan teks khutbah berkenaan tidak langsung berbaur fitnah, sebaliknya adalah nasihat kepada umat Islam agar bersatu.
"Kita tak akan minta maaf kerana kita bercakap hal agama. Hal agama ini (pihak luar) tak boleh campur tangan, apatah lagi dalam khutbah. Kita tak akan tarik balik khutbah (ini). Kita ada hak untuk menyatakan tentang kebenaran Islam," katanya ketika dihubungi. Abdul Rahman membidas kenyataan yang dibuat oleh DAPigs kerana memberikan kata dua kepada JAIP tanpa menghayati kandungan khutbah Aidiladha itu terlebih dahulu sebelum membuat andaian.
Malah tegasnya, DAPigs adalah pihak yang sepatutnya memohon maaf terlebih dahulu kerana telah campurtangan dalam hal ehwal agama Islam seperti mempertikaikan pelaksanaan Hukum Islam.
"Khutbah ini merupakan nasihat, nasihat daripada orang Islam supaya semua orang Islam bersatu atas nama Islam, bukan bersatu dengan pihak yang mana mencabar Hukum Islam. Sepatutnya mereka (DAP) minta maaf dulu kerana mereka menyentuh hal-hal agama Islam. Sepatutnya mereka sudah lama minta maaf," katanya.Menurut teks khutbah sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha yang dikeluarkan Jabatan Mufti Pahang itu, Perpaduan Ummah dikalangan umat Islam di negara ini berpecah kerana berbeza ideologi Politik.
"Perpecahan ini ialah kerana orang Islam lebih mengutamakan parti politik seperti Umno, PAS, PKR dan juga Gerakan Harapan Baru, lebih daripada Islam. Malahan terdapat segelintir umat Islam yang menyertai DAP, yang jelas bertentangan dengan Islam," menurut teks khutbah itu.Dalam mempertahankan teks khutbah itu, Abdul Rahman membayangkan bahawa ahli beragama Islam di dalam DAPigs yang mempertahankan campurtangan parti itu dalam hal boleh dianggap sebagai syirik.
"Bila duduk dalam sebuah parti bukan Islam, mereka akan mempertahankan apa saja walaupun telah dinasihatkan yang baik. Kita nasihatkan orang Islam supaya bersatu. Apakah itu salah?," ujarnya.Ditanya mengenai kemungkinan DAP mengambil tindakan mahkamah terhadap JAIP, Abdul Rahman berkata pihaknya tidak gusar dengan ugutan puak - puak DAPigs tu. Kalau DAPigs rasa diorang bagus sangat, SAMAN la!!! Jangan setakat cakap je!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.