Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PAS MASIH DISELUBUNGI 'ANGAN - ANGAN'!!!

SEMUT HITAM
PAS MASIH DISELUBUNGI 'ANGAN - ANGAN'!!!
Macam angan - angan Mat Jenin. Kita ingatkan bila parti tu ditimpa musibah demi musibah, maka pengikut - pengikut diorang akan berasa insaf. Tapi malangnya, tidak seperti yang kita duga.

Masih lagi kita lihat dikalangan penyokong - penyokong PAS tu yang beranggapan bahawa parti mereka adalah satu - satunya parti yang memperjuangkan Islam dalam Politik di Malaysia ni.

Kalau kita lihat dulu, MUNGKIN parti itu boleh mendabik dada mendakwa diri mereka memperjuangkan Islam. Tetapi Islam yang berlandaskan hukum terjemahan mereka sendiri.
Tidaklah kita bermaksud nak menghina amanat yang ditinggalkan oleh Allahyarham Mursyidul Am PAS ini. Tetapi kita hanya ingin bercerita mengenai REALITI politik PAS pada hari ini.

Kalau betul PAS memperjuangkan Islam dan tidak menyinggung orang Cina atau pun orang India, kenapa pulak puak - puak DAPigs mati - matian menolak perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan?

Kalau pun betul PAS memperjuangkan Islam dan dapat diterima oleh semua pihak, kenapa hari ini kita lihat retaliasi dari kalangan pemimpin - pemimpin mereka sendiri terhadap perjuangan tersebut?

IRONIKnya, pemimpin - pemimpin PAS yang kecewa dalam pemilihan parti itu sendiri yang mendakwa bahawa PAS telah menyalah-gunakan Islam untuk kepentingan Politik mereka.

Dan sebab itulah kita lihat bekas pemimpin PAS yang kecewa itu sanggup melanggar sumpah Bai'ah mereka sendiri dan menjadi Pengkhianat kepada parti itu secara terang - terangan.

Maka kesimpulannya, PAS bukan la sebuah parti yang benar - benar memperjuangkan Islam demi kepentingan syiar Islam yang sebenar. Sebaliknya PAS selama hari ini hanya mempergunakan Islam untuk memenuhi kehendak Politik Peribadi mereka sendiri!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.