Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PUDIN ADA 14 HARI NAK JAWAB!!!

SEMUT HITAM
PUDIN ADA 14 HARI NAK JAWAB!!!
Heh! Mungkin dia ingat dia boleh terlepas begitu sahaja. Mungkin dia ingat orang tak tau apa yang dia buat. Tapi jelas, jangkaan yang dia telah lakukan ternyata jauh meleset sama sekali.

Mungkin selama hari ini Si Pudin ni terasa yang diri dia kebal dari sebarang tindakan. Maka sebab itulah dia boleh buat apa yang dia suka tanpa mempedulikan kepentingan parti secara keseluruhan.

Tapi tak pelik la jika dia berani ambik tindakan sedemikian. Zaman sekarang pun memang dah bersepah Sesumpah Politik macam dia. Nak pulak bila dia rasa dia takde apa yang akan merugikan.

Bak kata pepatah mat salleh, 'He thinks that he had nothing to lose'. Orang belajar tinggi - tinggi dan merencanakan agenda 'Politik Baru', sudah pasti Si Pudin tu faham apa yang dimaksudkan.

Tinggal lagi, persoalannya kenapa baru sekarang? Kenapa tidak dari dulu lagi UMNO mengambil tindakan terhadap Si Pudin ni? Bagus sangat ke dia sampai tahap UMNO tak berani nak ambik tindakan?

Bukan ke selama hari ini Si Pudin tu sendiri telah membuktikan bahawa kecenderungan dia tidak lagi bersama - sama dengan agenda parti? Jadi, kenapa baru hari ini UMNO nak bertindak?

Kalau kita tengok, sejak kebelakangan ini Si Pudin tu dah mula menunjukkan belang dia dengan membelakangkan pendirian parti secara terbuka sama ada dilaman media arus perdana mahu pun media sosial.

Jadi, buat apa lagi UMNO masih nak simpan pertualang seperti Si Pudin ni dan memberikan dia tempoh selama 14 hari untuk memberikan jawapan? Setakat nak ikut protokol parti? 

Baik tak payah nak membuang masa!!! Orang macam Si Pudin ni elok dihumban je dari terus merosakkan parti. Biar lantak dia la kalau dia nak sangat jadi Barua puak - puak Pakatan Haramjadah tu sekali pun. Ada pun bukannya beri faedah, takde pun lagi baik!!!
PETALING JAYA: Datuk Saifuddin Abdullah mempunyai masa 14 hari untuk menyatakan mengapa beliau menghadiri persidangan meja bulat pembentukan Pakatan Harapan, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Kita akan menghantar surat meminta beliau menyatakan sebab beliau berada di sana, dan beliau perlu membalasnya dalam masa 14 hari sebelum sebarang tindakan lanjut diambil," kata Tengku Adnan kepada The Star, Selasa.


"Jawapannya atau kekurangan daripadanya akan dibawa ke jawatankuasa disiplin untuk diputuskan apakah tindakan yang akan diambil," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.