Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

'Saifuddin tidak lakukan sebarang kesalahan' -Pengerusi Lembaga Displin UMNO

CELAH GELEGAR
'Saifuddin tidak lakukan sebarang kesalahan' -Pengerusi Lembaga Displin UMNO

KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin UMNO menolak dakwaan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa Datuk Saifuddin Abdullah melakukan kesalahan serius apabila muncul di majlis pelancaran gabungan baharu parti pembangkang, Pakatan Harapan, minggu lalu.

Walaupun sebelum ini Tengku Adnan berpendapat tindakan Saifuddin mencemarkan imej parti, Pengerusi Lembaga Disiplin Parti, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berpandangan Saifuddin tidak melakukan sebarang kesalahan dengan menghadiri program itu, sambil menambah, malah ia mungkin boleh memberi manfaat kepada UMNO.

"Kalau setakat nak hadir dalam acara pembangkang saya rasa tidak ada masalah. Biasalah itu. Tapi kalau dia hadir, kemudian aktif kutuk UMNO, itu lain cerita.

"Kalau hanya hadir, tidak ada apalah. Kita pun nak dengar juga apa fakta, peranan dan hujah pembangkang di sana," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu akan dipecat daripada UMNO kerana mengambil bahagian dalam perbincangan meja bulat dengan PKR, DAP, Parti Amanah Negara dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain, Selasa lalu.

Saifuddin ketika itu berkata beliau mengambil bahagian dalam rundingan itu atas kapasitinya sebagai pengerusi Akademi Belia.

Kehadirannya itu mendorong Tengku Adnan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Saifuddin pada 22 September, menuntut beliau menjelaskan tindakannya dalam tempoh 14 hari.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin juga sebelum ini berkata Saifuddin berkemungkinan telah melanggar Perlembagaan UMNO kerana menghadiri acara tersebut.

Beliau turut melihat wujud kewajaran kepada kepimpinan parti untuk mengarahkan Saifuddin mengemukakan surat tunjuk sebab atas kehadiran beliau pada Persidangan Meja Bulat Parti Pembangkang.

Pada Isnin, Saifuddin memberitahu pemberita, beliau masih belum menerima surat tunjuk sebab yang dikatakan itu daripada UMNO.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.