Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Istana Negara Buat Laporan Polis mengenai Penyebaran Maklumat Palsu Kesihatan Agong

CELAH GELEGAR
Istana Negara Buat Laporan Polis mengenai Penyebaran Maklumat Palsu Kesihatan Agong

Kuala Lumpur: Polis menerima satu laporan daripada Istana Negara membabitkan penyebaran maklumat palsu berkaitan kesihatan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang menjadi viral di media sosial.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor, berkata laporan berkenaan diterima daripada pihak keselamatan Istana Negara, pada 1.10 pagi.

Kita akan serahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia" katanya.

Selain maklumat palsu mengenai kesihatan baginda, pihak polis turut menyiasat penyebaran dua gambar yang memaparkan hadapan bangunan Sayap Diraja Istana Negara yang menunjukkan susunan kenderaan milik Istana Negara serta ambulans. -HM


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.