Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[KERAP DATANG BRADER] Obama Lawat Malaysia November Ini

CELAH GELEGAR
[KERAP DATANG BRADER] Obama Lawat Malaysia November Ini


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan mengadakan kunjungan ke Turki untuk sidang kemuncak G20, diikuti dengan Filipina dan Malaysia bagi menghadiri mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin dunia bulan depan, menurut White HOuse, Selasa.

Pada sidang kemuncak G20, pemimpin dari negara-negara utama di dunia dijangka akan memberikan kelulusan muktamad kepada pelan baharu untuk melumpuhkan pengelakan cukai oleh syarikat multinasional yang berjumlah sekurang-kurangnya AS$100 bilion setahun.

Rancangan dengan 15 matlamat itu bertujuan untuk menangani isu cukai rendah untuk syarikat-syarikat seperti Google, Apple dan McDonald, yang dengan ketara telah berjaya mengurangkan cukai mereka, mencetuskan kemarahan orang ramai dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Obama 'akan memacu usaha-usaha antarabangsa untuk memastikan pertumbuhan ekonomi global yang kukuh, mampan dan seimbang' semasa rundingan, kata jurucakap White House, Josh Earnest dalam satu kenyataan.

Sepanjang lawatan ke negara luar dari 14-22 November, Obama akan juga 'menekankan kepentingan mencapai perjanjian perubahan iklim global di Paris."

Obama juga akan singgah di Filipina untuk Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik, dan di Malaysia, bagi sidang kemuncak Amerika Syarikat-Asean dan Asia Timur.

Mesyuarat di sana 'menekankan sokongan Amerika untuk institusi serantau di Asia, yang meningkatkan keselamatan dan kemakmuran, di samping memajukan strategi AS untuk mengimbangi semula rantau Asia Pasifik dalam semua dimensi'," kata Earnest.

"Lawatan ini juga akan menyokong usaha Presiden untuk meluaskan peluang perniagaan Amerika dan pekerja-pekerja untuk menjual produk mereka di beberapa pasaran yang paling pesat berkembang."

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.