CELAH GELEGAR
Ku Li jadi PM, ganti Najib
Pada April 2015 yang lalu, bekas setiausaha Najib, Datuk Mohd Ariff Sabri Aziz menyatakan bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah adalah calon paling berkelayakan mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Datuk Seri Najib Razak,
Ariff yang kini menjadi ahli Parlimen Raub mewakili DAP mengajukan cadangan itu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, ini kerana Tengku Razaleigh juga dikenali sebagai Ku Li adalah pemimpin berintegriti dan dihormati ramai.
"Dr Mahathir kalau dia hendak selamatkan Malaysia, elok cadangkan seorang pemimpin yang dihormati ramai pihak dan ada integriti.
"Kalau betul hendak selamatkan Malaysia, baik sahaja Dr Mahathir endorse Tengku Razaleigh Hamzah," tulis Ariff yang menggunakan nama pena 'Sakmongkol AK 47' dalam blognya.
Bekas ahli Umno dan juga bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis itu percaya, Ku Li sebagai perdana menteri akan mendapat sokongan semua pihak.
"Saya rasa Tengku Razaleigh boleh menstrukturkan semula pemerintahan Malaysia ini dengan politik yang inklusif termasuk mendapat komitmen dari parti pembangkang," katanya.
Pandangan sama hari ini turut diutarakan seorang lagi bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim.
Menurutnya, penamaan Ku Li sebagai pengganti Najib akan memperbaiki kualiti institusi awam.
"Saya percaya jika Dr Mahathir mahukan pemimpin Umno yang lebih baik dan bertanggungjawab - dan pada masa sama menamatkan rasuah yang sistemik dan memperbaiki institusi awam – pilihan untuk pengganti tidak lain dan tidak bukan adalah Tengku Razaleigh Hamzah," tulis Zaid dalam blognya.
Pada masa sama, cadangan Ku Li oleh Dr Mahathir juga akan menjadikan jelajah bekas perdana menteri itu "lebih bermakna".
"Orang ramai akan melihat usaha Dr Mahathir sebagai bukan sekadar untuk menggantikan pemandu kereta api dengan orang yang disukainya - tetapi untuk mengganti kereta api itu sendiri - yang lebih sesuai dengan keperluan negara," tulisnya.
GABUNGAN TUN MAHATHIR, KU LI, MUHYIDDIN
Beberapa hari lalu politik Malaysia mencatat satu peristiwa menarik apabila Tun Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah yang bermusuhan sejak hampir 30 tahun dulu akhirnya duduk semeja di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Turut bersama mereka ialah Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal yang baru dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 28 Julai lalu. Sanusi Junid dan Ong Tee Keat juga turut hadir, cuma Dr Ling Liong Sik tidak dapat bersama kerana ada urusan di luar negara.
Sekali imbas, terlihat seolah-olah isu 1MDB dan undang-undang Sosma telah menyatukan mereka bukan saja untuk duduk semeja, bahkan nampak akrab sehati sejiwa.
Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh atau Ku Li secara rasminya bermusuh apabila bertembung untuk jawatan Presiden UMNO pada pemilihan 1987. Ia kemudian membawa kepada pengharaman UMNO pada 1988 di mana selepas itu Tun Mahathir menubuhkan UMNO Baru, manakala Ku Li berjuang melalui Semangat 46.
Adakah pertemuan itu menjadi petanda awal bahawa Ku Li akan menggantikan Najib menerajui negara.
Sama-sama kita tunggu apa akan berlaku selepas ini.
Sama-sama kita tunggu apa akan berlaku selepas ini.
Ku Li adalah bekas menteri kewangan yang bertanggungjawab mengasaskan syarikat minyak negara Petronas.
Dr Mahathir dan Ku Li pada tahun 1987 pernah bertanding untuk kerusi presiden Umno dalam pemilihan parti.
Dr Mahathir memenangi pemilihan itu dengan 43 undi sahaja dan Ku Li kemudiannya bertindak keluar Umno dan menubuhkan Semangat 46.
Parti yang ditubuhkan bersama Tan Sri Rais Yatim itu dibubarkan pada tahun 1996 dan Ku Li kembali menyertai Umno.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.