Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LEPAS 'BARUA' 'DAN BROKER', SEKARANG 'KERA' PULAK!!!

SEMUT HITAM
LEPAS 'BARUA' 'DAN BROKER', SEKARANG 'KERA' PULAK!!!
Huh! Banyak betul "Bahasa Baik" yang digunakan oleh Presiden PAS ni nak ditujukan kepada puak - puak Pengkhianat tu. Nampak sangat yang dia betul - betul menyampah dengan diorang.

Dulu Si Hadi Awang ni pernah melabelkan pemimpin - pemimpin PAS yang menyokong PKR dalam agenda Langkah Kajang tu sebagai 'Barua'. Ada juga yang didakwa jadi 'Broker' PKR. 

Sekarang dah dia labelkan mereka yang tak setia kepada parti sebagai 'Kera' yang suka melompat ke pokok yang banyak buah dalam ucapannya sewaktu Himpunan Fastaqim semalam.

Program Himpunan yang dibuat di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, Kelantan malam tadi menyaksikan laungan mengajak ahli-ahli PAS untuk terus beristiqamah dalam perjuangan parti.

Program sehari itu juga turut menjadi pentas untuk pemimpin PAS membidas penubuhan Parti Amanah Negara oleh dipimpin oleh Mat Sabu serta pemimpin - pemimpin lain dari PAS.

Kehadiran lebih 60 ribu ahli dan penyokong PAS semalam juga di canang sebagai bukti parti itu tidak tergugat selain menyifatkan ianya sebagai manifestasi PAS masih mempunyai sokongan utuh.

Mengupas isu Amanah, PAS tidak akan sesekali memberikan tempat kepada mereka yang mempermainkan lafaz bai'ah kerana yakin mereka akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah SWT.

Presiden PAS tu juga turut menyifatkan tindakan bekas pemimpin PAS yang beralih ke Amanah sebagai golongan yang Mabuk Kuasa sehingga sanggup meminggirkan perjuangan Islam.
"Yang tidak mengerti (baiah) adalah mereka yang mahu menang cepat, cari jalan yang dekat, memintas jalan, menjadikan mereka tidak istiqamah dan tidak betul dalam perjuangan."Macam kera yang menuju ke arah mana pokok yang mana buah. Bila melihat buah kita tidak banyak, mereka melompat ke pokok lain yang punyai banyak buah," kata Hadi di  himpunan itu.
Amanah kini mengambil tempat PAS dalam gabungan pembangkang baru yang dinamakan Pakatan Harapan yang turut merangkumi PKR dan DAPigs selepas PAS disingkirkan secara diam - diam.

Walaubagaimana pun, PAS katanya tetap enggan untuk menyertai gabungan itu kerana perbalahan mereka dengan DAPigs dan menganggap pemimpin parti Si Mat Sabu tu sebagai puak - puak Pengkhianat walaupun berkali - kali cuba dipujuk oleh PKR!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.