Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TPPA iktiraf agenda Bumiputera: Rakyat SUDAH TIDAK PERCAYA menteri, Kerajaan Najib

CELAH GELEGAR
TPPA iktiraf agenda Bumiputera: Rakyat SUDAH TIDAK PERCAYA menteri, Kerajaan Najib

BANGI, Ahad – Rakyat meluahkan rasa hilang kepercayaan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed apabila memberitahu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) merupakan perjanjian perdagangan bebas yang pertama mengiktiraf agenda Bumiputera negara.

Di laman media sosial Facebook, ramai pengguna menyifatkan kenyataan itu satu penipuan dan hanya untuk meredakan kemarahan rakyat, sedangkan bukti kukuh mengenai perkara itu masih belum ditunjukkan oleh kerajaan.

“Orang dah tak percaya dah, junjung Al-Quran pun belum tentu orang percaya,” kata pemilik akaun 
bernama Kamaruzaman Man.

Seorang pengguna, Al Bakari menyifatkan kenyataan Datuk Seri Mustapa itu sama seperti janji kerajaan bahawa harga barang tidak akan naik sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
“Permulaan boleh lah cakap. Tengok GST, kata harga barang akan turun, apabila laksana, semua barang naik,” katanya.

Abah Jaafar pula berkata, Malaysia tidak akan papa kedana sekiranya tidak menyertai TPPA.

“Kami tak percaya kerajaan sedia ada, apatah lagi janji-janji manis,” kata Mohd Adam.

Pada Majlis Sesi Penjelasan Tentang TPPA anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein baru-baru ini, Mustapa berkata kerajaan akan terus memastikan agenda Bumiputera dan hak kerajaan negeri tidak terjejas sekiranya perjanjian TPP ditandatangani.

“Agenda Bumiputera telah diiktiraf oleh rakan rundingan TPP. Kontrak yang dikhaskan kepada Bumiputera akan diteruskan,” katanya. -ismaweb

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.