Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Dipertua PAS Kawasan Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron CEDERA DITAMPAR di muka oleh ahli parti

CELAH GELEGAR
Yang Dipertua PAS Kawasan Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron CEDERA DITAMPAR di muka oleh ahli parti

PASIR MAS: Yang Dipertua PAS Kawasan Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron cedera di muka selepas ditampar ahli parti itu pada Majlis Dialog PAS di Kampung Banggol Kulim, di sini, malam tadi. 

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, bekas Ahli Parlimen Rantau Panjang itu ditampar dipercayai akibat perselisihan dalam parti. 

Difahamkan, seorang lelaki secara tiba-tiba meluru ke arah Abdul Fatah lalu menampar mangsa sebelum bermulanya sesi dialog. 

Insiden itu menjadi viral sejak malam tadi selepas Abdul Fatah sendiri memuat naik gambar mukanya yang cedera. 

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.