Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ATLET SEKSI: PKR DAKWA MALAYSIAKINI SALAH LAPOR???

SEMUT HITAM
ATLET SEKSI: PKR DAKWA MALAYSIAKINI SALAH LAPOR???
Hahaha!!! Bila dah kena batang hidung sendiri, baru la puak - puak PKR ni nak meroyan tak tentu arah dan menuduh laman portal Malaysiakini tu dan tersalah lapor kenyataan yang dibuat.

Tapi yang herannya, kenapa bila Ahli Parlimen PKR tu menegur cara pemakaian 'Terlampau' yang digunakan oleh para atlet Malaysia mendapat respon 'Negatif' dari Si Wan Azizah tu?

Adakah Si Wan Azizah tu tak suka bila Ahli Parlimen tersebut membuat teguran sedemikian? Salah ke bila Ahli Parlimen tu buat teguran seperti itu untuk menjaga maruah seorang wanita?

Sebaliknya, Si Wan Azizah tu mendakwa teguran yang dibuat oleh Ahli Parlimen PKR tu hanya bersifat peribadi dan ianya tidak ada kaitan lansung dengan parti dibawah pimpinannya.

Walaubagaimana pun, teguran yang dibuat oleh Si Wan Azizah tu tidak diendahkan oleh Ahli Parlimen PKR berkenaan yang menyifatkan Presiden PKR tu pulak yang 'Panas Punggung'.
"Betullah yang dia kata itu pandangan peribadi.. Saya tidak babitkan sesiapa, itu pandangan saya sebagai seorang Islam untuk menegur dan beri pandangan. Tapi yang terasa orang lain pulak", katanya kepada Antarapos.
Wan Azizah hari ini berkata kenyataan bekas panglima Tenteran Laut Diraja itu tidak adil dan menyindir Ahli Parlimen PKR tu terlalu "belayar di laut untuk jangka masa yang lama".

Semalam, Ahli Parlimen PKR itu dilaporkan memberitahu Parlimen, pemakaian atlet wanita pada program senaman awam itu disifatkan mengghairahkan dan boleh membawa kepada penzinaan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen PKR tu berkata kenyataan yang dibuat dalam sidang Dewan Rakyat pada Isnin sebelum ini telah disalah-ertikan oleh media, terutamanya laman portal Malaysiakini.
"Masalahnya sekarang lain yang saya cakap lain yang ditulis oleh Malaysiakini, itu yang jadi masalah. Saya cakap senang sahaja dengan Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan), saya ucap tahniah sebab berjaya anjurkan FitMalaysia yang mendapat sambutan, bagus cuma kita ada saham akhirat dan saham dunia," katanya lagi.
Kesimpulannya, laman portal Malaysiakini tu memang terbukti suka menyalah-laporkan kenyataan yang dibuat oleh orang lain dengan tujuan untuk mewujudkan provokasi. Bukannya diorang nak sebarkan Kebenaran sangat pun!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.