Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[BARU SAJA OBAMA SOKONG LGBT M'SIA][NYARIS MAUT] Tikam bapa tak restu perhubungan SEJENIS

CELAH GELEGAR
[BARU SAJA OBAMA SOKONG LGBT M'SIA][NYARIS MAUT] Tikam bapa tak restu perhubungan SEJENIS

Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 45 tahun nyaris maut selepas ditikam dua kali di leher oleh anak perempuannya dalam kejadian di Taman Desa Bakti, Jinjang, 10.49 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, kejadian dipercayai berlaku akibat suspek tidak berpuas hati dan mengamuk apabila bapanya tidak merestui perhubungannya dengan seorang gadis. 

Katanya, sejurus selepas kejadian, mangsa kemudiannya dibawa oleh ahli keluarganya yang lain untuk mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

"Siasatan awal mendapati ketika pertelingkahan berlaku, suspek dikatakan mengambil sebilah pisau pemotong sayur dan bertindak menikam bapanya sendiri.

"Suspek berusia 18 tahun sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.



Negara perlu hormati hak LGBT, perkahwinan sejenis, kata Obama 

Mungkin secara kebetulan dan kejadian di atas berlaku tiada kena mengena dengan saranan Obama dalam sesi lawatan beliau ke Malaysia yang berakhir petang tadi.

Namun, semasa sesi "townhall" Presiden Amerika Syarikat (AS) itu telah menjelaskan undang-undang perkahwinan sejenis kepada belia dari Asia Tenggara pada sesi tersebut semalam.

Beliau mengatakan polisi kerajaan mengenai perkahwinan perlu adil kepada semua rakyat.

Orang dengan orientasi seksual berbeza berhak kepada penghormatan dan maruah diri "seperti lain-lain", katanya apabila menjawab soalan daripada belia biseksual dari Thailand bernama Dara, yang bertanya sekiranya seseorang patut dipenjarakan kerana orientasi seksualnya.

"Jawapan mudah kepada soalan itu adalah tidak," kata Obama disambut tepukan gemuruh hadirin seramai 500 belia yang mewakili 10 negara Asean di bawah US Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI) semalam.

"Sebahagian hujah kita dalam perdebatan ini ialah, jika gereja, masjid atau kuil tidak mengiktiraf perkahwinan sebegini, mereka tidak patut dipaksa untuk mengahwinkan seseorang bertentangan dengan kepercayaan mereka.

"Tetapi perkahwinan sebagai institusi sivil daripada negara sepatutnya adalah untuk semua, bukan hanya sesetengah orang sahaja.

"Jadi kesimpulannya, polisi kerajaan patut melayan semua sama rata di sisi undang-undang," katanya di Taylors University di Petaling Jaya semalam.

Mahkamah Agung AS dalam keputusan 5-4 pada Jun memutuskan perkahwinan sejenis adalah berperlembagaan, menjadikannya sah di seluruh negara.

Obama berkata, masa depan manusia sejagat bergantung kepada rasa hormat orang ramai terhadap perbezaan mereka.

“Saya sangat percaya masa depan kemanusiaaan bergantung kepada kita semua melayan orang dengan hormat dan kemuliaan.

“Dan mengiktiraf apa sahaja latar belakang agama anda, apa sahaja etnik anda, sama ada lelaki atau wanita, anda mempunyai sesuatu yang sama seperti saya – kita semua dijadikan tuhan dan ada sebab mengapa kita diletakkan di sini,” katanya.

Beliau menggesa pemimpin muda untuk menggerakkan idea yang semua orang perlu dilayan sama rata dalam negara mereka, perniagaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Sebaik kita hilang visi itu dan melayan orang lain berbeza kerana perbezaan mereka, dan cuba menjadikan diri kita lebih penting, itulah bermulanya perkara tidak baik berlaku dalam setiap masyarakat, itulah kebenaran universalnya."

The Malaysian Insider menyatakan di Malaysia, komuniti LGBT sering dianiaya pihak berkuasa, dan undang-undang berkuatkuasa di beberapa negeri mengharamkan lelaki berpakaian wanita.

Bulan lepas, Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menyatakan enakmen mengharamkan lelaki berpakaian wanita adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah lapor The Malaysian Insider.



0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.