Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"HARUMANIS" PERTAMA GUGUR DIKAWASAN MAHFUZ BEAN???

SEMUT HITAM
"HARUMANIS" PERTAMA GUGUR DIKAWASAN MAHFUZ BEAN???
Wah!!! Nampak gayanya kesombongan dan keangkuhan dikalangan puak - puak Pengkhianat tu dah semakin menjadi - jadi. Dan kali ini mereka luahkannya secara terang - terangan.

Jika sebelum ini, ancaman yang dibuat oleh puak - puak Pengkhianat tu seolah - olah tidak dipedulikan lansung oleh PAS yang mendakwa ianya hanya sekadar omongan kosong belaka.

Malah, PAS dilihat masih tetap dengan pendirian mereka dan menganggap kononnya ramai ahli serta pemimpin parti itu menyokong puak - puak Pengkhianat tu sebagai satu tindakan terdesak.

Mungkin dek kerana pendirian itu yang membuatkan puak - puak Pengkhianat tu tampil memberikan gambaran bahawa 'Harumanis' pertama mereka akan 'gugur' pada 19 November nanti.
“Kita seolah dicabar untuk menunjukkan bukti bahawa wujudnya ahli Pas yang cenderung kepada Amanah. Maka kita akan tunjuk bukti kepada mereka dalam bentuk gugurnya buah itu. Sekarang kita bagi mereka bau dulu bunganya.


“Buat masa ini ia hanya melibatkan peringkat kawasan. Di peringkat negeri kita akan buat pada gelombang berikutnya nanti,” katanya kepada media di Ibu Pejabat DAP Kedah, Jalan Putra, di sini, semalam.
Apa yang pasti, kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin dikalangan puak - puak Pengkhianat tu jelas mempamerkan sifat Sombong dan Angkuh mereka secara terbuka.

Katanya, gelombang pertama gugurnya 'Harumanis' itu akan berlaku dikawasan Parlimen Pokok Sena, dimana Si Mahfuz Bean tu menjadi Ahli Parlimennya. Ianya melibatkan 300 orang ahli PAS.

Persoalannya, kenapa mereka memilih kawasan Si Mahfuz Bean tu untuk menjadi kawasan pertama gugurnya 'Harumanis' ini? Adakah puak - puak Pengkhianat tu mahu memalukan Si Mahfuz Bean?

Atau, adakah Si Mahfuz Bean tu sendiri yang merelakan Pengkhianatan itu berlaku dikawasan Parlimen dia sendiri dan dia hanya sekadar menutup mata serta memekakkan telinga?

Jika dilihat sejak kebelakangan ini pun, kelibat Si Mahfuz Bean tu lebih banyak cenderung ke arah puak - puak Pengkhianat tu walaupun dia masih menjadi ahli dan juga pemimpin PAS.

Kalau benar Si Mahfuz Bean tu ada kaitan dengan Pengkhianatan yang dilakukan dikawasan dia dan menjadi 'Tangan Ghaib' disebalik gerakan itu, maka sudah pasti rakyat boleh melihat wajah sebenar dia. Selama hari ini, dia hanya ibarat 'Musang Berbulu Ayam'!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.