Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[SIASATAN BERMULA] Polis Bukit Aman memasuki pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini

CELAH GELEGAR
[SIASATAN BERMULA] Polis Bukit Aman memasuki pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini

Sepasukan polis Bukit Aman dilaporkan memasuki pejabat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, hari ini.

Kehadiran pasukan berkenaan dikatakan bagi merakamkan kenyataan berhubung kritikan Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tiga anggota polis kelihatan memasuki pejabat beliau sekitar jam 10.40 pagi ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bulan lepas memberitahu, tiga kertas siasatan terhadap Dr Mahathir sudah dibuka selepas beberapa laporan polis diterima atas tindakannya mengkritik Perdana Menteri secara terbuka.

Menurutnya, daripada tiga kertas siasatan tersebut, dua daripadanya melibatkan siasatan yang sedang dijalankan manakala satu lagi kertas siasatan sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.

Siasatan dipercayai dilakukan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan melibatkan fitnah.

Dr Mahathir sebelum ini secara terbuka mengkritik pentadbiran Najib dan menggesa agar beliau berundur.


Mahathir enggan jawab soalan polis
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendirian untuk tidak menjawab soalan yang diajukan kepada beliau ketika pihak polis mengambil keterangannya pagi tadi.
"Mereka ( polis) bertanya soalan, saya berkata, saya tidak akan menjawab," kata Mahathir sambil ketawa ketika diajukan soalan pemberita selepas selesai sesi soal jawab dengan polis.
Mahathir Mohamad pagi tadi diambil keterangan oleh tiga pegawai polis dari Bukit Aman dan beliau telah disoal siasat polis selama 45 minit yang bermula sekitar jam 11.00 pagi.
Malah ketika diminta mengulas sama ada pihak polis akan mengambil tindakan terhadap beliau, ini jawab veteran Umno berusia 90 itu "Itu terpulang kepada mereka ."
Mahathir juga menolak spekulasi bahawa beliau berkemungkinan akan sekali lagi keluar Umno dalam usahanya untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.
"Tidak, itu parti saya ," dia menjawab sambil ketawa," kata Mahathir di Bangunan Yayasan Al -Bukhary di Kuala Lumpur. 

Tak perlu soal Mahathir lagi, kata peguam


Peguam Haniff Khatri Abdullah berkata tidak ada sebab bagi polis untuk terus mengambil keterangan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mereka berbuat demikian di bangunan Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur hari ini.


"Kemungkinan untuk polis datang semula ambil keterangan Tun M kita tak tahu dan berpandukan kepada apa yang pihak polis rasa sesuai.


"Tapi bagi kami, kami percaya tidak ada sebab untuk polis datang lagi sebab segala perkara yang perlu dinyatakan dan yang hendak dinyatakan telah dibuat,” katanya di luar bangunan itu.


Haniff juga menjelaskan Mahathir hari ini hanya disiasat secara umum dan tidak spesifik kepada isu tertentu yang memakan masa 45 minit.


Beliau juga mengesahkan bekas perdana menteri itu disoal berhubung beberapa perkara, termasuk kehadirannya pada perhimpunan BERSIH 4, di ibu negara hujung Ogos lalu.


Haniff bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung peruntukan undang-undang mana yang digunakan ke atas anak guamnya.


Katanya, polis boleh mengambil tindakan berdasarkan keterangan sedia ada.

"Sekiranya ada apa-apa tindakan yang perlu diambil polis boleh buat keputusan dengan keterangan sedia ada.
"Tun diwakili oleh tujuh peguam, tiga daripada mereka berada bersama-sama ketika beliau diambil keterangan.
"Pihak polis diketuai Superintendan Azham Othman bersama dua pegawainya merakam percakapan beliau dari jam 11 pagi hingga 11.45 pagi," katanya.
Haniff berkata, Dr Mahathir memberi kerjasama penuh semasa keterangannya diambil namun mengambil pendekatan untuk tidak menjawab beberapa soalan selepas dinasihati peguamnya.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, Mahathir akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah.
Ini adalah berkaitan dengan kenyataannya semasa perhimpunan BERSIH 4, di mana Mahathir membuat dua penampilan pada 29 Ogos dan 30 Ogos dan menuduh pemimpin Umno menerima rasuah.
Berikutan itu, beberapa pemimpin bahagian membuat laporan polis terhadap Mahathir.
Bagaimanapun, Ketua Polis Negara juga menjelaskan bahawa bekas Perdana Menteri itu tidak disiasat kerana kehadirannya pada perhimpunan tersebut, yang antara lain, menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mahathir semasa pemerintahan 22 tahunnya menentang perhimpunan jalanan tetapi kini mempertahankan BERSIH 4.
Alasannya, bahawa rakyat tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa turun ke jalanan untuk menyuarakan rasa tidak senang mereka dengan kepimpinan negara.
Bekas Perdana Menteri itu juga berulang kali mendesak Najib untuk meletakkan jawatan dan menuduhnya terbabit dengan banyak salah laku, termasuk ‘mencuri’ wang 1MDB.
Najib bagaimanapun berulang kali menafikan sebarang salah laku dan mendakwa Mahathir terbabit dalam komplot untuk menjatuhkannya.
Sumber: Astro, MK

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.