Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isu Salib: Khairy Dan Malaysiakini Jangan BIADAP Hina Sensitiviti Umat Islam

CELAH GELEGAR
Isu Salib: Khairy Dan Malaysiakini Jangan BIADAP Hina Sensitiviti Umat Islam

Masyarakat Islam di negara ini bukan bodoh, bangang dan bebal sehingga tidak boleh membezakan antara kepentingan umum dengan perkara remeh-temeh seperti mana yang cuba digambarkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan portal berita Malaysiakini.com.
Pertama, Khairy dan Malaysiakini harus menerima hakikat dan fakta bahawa Islam adalah agama rasmi Malaysia. 
Justeru adalah hak penganut Islam di negara ini untuk mempertahankan kedudukan itu secara undang-undang dan simbolik.
Kedua, isu mengecat bumbung satu kawasan perumahan di Langkawi dengan lambang Salib merupakan satu tindakan provokasi kepada kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Orang Islam tidak ada masalah sekiranya ada mana-mana penganut agama Kristian ingin mengecat bumbung mereka atau keseluruhan rumah mereka dengan lambang salib. 
Yang menjadi masalah ialah mengapa Pemaju membuat keputusan melukis lambang salib di setiap bumbung kawasan perumahan tersebut tanpa mengambil kira majoriti penduduk negara ini beragama Islam.
Mengecat semua bumbung rumah di satu kawasan taman perumahan dengan lambang salib bukanlah hal remeh temeh seperti mana yang cuba digambarkan oleh Khairy dan Malaysiakini. Ia merupakan tindakan provokasi dan cuba mencetuskan polemik agama di kalangan rakyat.
Salib diterima umum sebagai simbol rasmi agama Kristian.
Meletakkan salib di setiap bumbung satu kawasan perumahan boleh membawa pelbagai tafsiran termasuk usaha mengembangkan agama Kristian di kalangan orang Melayu, yang merupakan satu kesalahan di bawah Perlembagaan negara ini.
Sebaliknya, apa yang membuang masa dan remeh-temeh ialah tindakan Menteri Belia dan Sukan turun ke Langkawi untuk bergambarkan dengan kawasan perumahan yang telah memadam cap Salib tersebut.
Yang remeh-temeh ialah Menteri Belia dan Sukan membuang masa dengan isu-isu yang bukan di bawah potfolionya. Yang lebih merbahaya ialah Khairy tidak sedar bahawa beliau adalah Ketua Pemuda UMNO.
Penganut agama Kristian biasa pun tidak ada sebarang masalah dengan pemadaman lambang tersebut kerana ia bukan permintaan mereka. Mengapa Khairy terlebih sudu dari kuah.

Malaysiakini lebih biadap apabila memperlekehkan aduan orang Islam mengenai isu ini dengan menyiarkan gambar bingkai tingkap seolah-olah lambang salib sebagai haram.
Umat Islam di negara ini bukan manusia bodoh atau bangang sehingga tidak dapat membezakan antara lambang agama Kristian dengan reka bentuk palang biasa atau huruf T atau +. 
Tindakan menyiarkan gambar bingkai pintu ini dan mengejek sebagai “haram” merupakan satu tindakan provokasi dan juga cuba meneutralkan pandangan sebahagian orang Islam yang buta permainan politik dan maksud tersirat.
Rakyat Malaysia bebas mengamalkan pegangan agama mereka. Namun menjadi apa-apa simbol keagamaan lain selain Islam sebagai satu mercu tanda atau lambang seragam seni bina selain rumah ibadat adalah sesuatu yang mencabar kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Malaysiakini perlu berhenti bermain api agama takut nanti mereka tidak mampu memadamnya lagi.-MYKMU.NET

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.