Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ustaz Kazim Elias nafi caj puluhan ribu untuk ceramah, "beri saya RM2 ribu, baki RM18 ribu masuk poket dia"

CELAH GELEGAR
Ustaz Kazim Elias nafi caj puluhan ribu untuk ceramah, "beri saya RM2 ribu, baki RM18 ribu masuk poket dia"

KUALA LUMPUR, 29 Dis — Pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias menafikan dirinya mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit membuat kerja dakwah dengan mengenakan bayaran tinggi apabila dijemput menyampaikan ceramah.
Sebaliknya beliau, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim Elias, menuding jari kepada orang tengah yang “memperdayakan” pihak ketiga terutamanya ahli politik, dengan mengenakan bayaran sehingga RM25,000 bagi satu ceramah.
“Kebanyakan mangsanya ialah Yang Berhormat (YB), orang tengah bagi tahu kepada YB kalau hendakkan saya berceramah, kena bayar sebanyak RM20,000 hingga RM25,000.
“YB terpaksa mencari duit berkenaan, selesai saya berceramah, orang tengah itu bagi kepada saya RM2,000. Baki RM18,000 dia masuk poket,” katanya dipetik laporan akhbar Harian Metro hari ini.
Beliau kesal secara tidak langsung imejnya sebagai pendakwah terjejas, katanya semasa menyampaikan ceramah Maulidur Rasul Peringkat Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi di Alor Gajah, kelmarin.
“Sebenarnya saya tidak pernah tetapkan sebarang bayaran, berapa hendak bagi, terpulanglah kepada tuan-tuan.
“Saya sudah berceramah 25 tahun tidak pernah saya menetapkan bayaran, apatah lagi yang melambung sampai RM25,000.
“Gilakah saya hendak mengenakan bayaran macam itu? Asalkan lepas minyak dan tol sudah cukup, pernah orang cuma bagi bunga telur saya hendak buat macam mana, terima sajalah,” katanya.
Tambahnya, mana-mana pihak yang berminat ingin menjemputnya diminta berhubung terus dengannya dan tidak menggunakan khidmat orang tengah.
Beliau turut menafikan dakwaan mendapat kontrak besar daripada kerajaan membina Pusat Pendidikan al-Barakah di Manjoi, Perak, sebaliknya berkata wang yang diterima daripada jemputan ceramah disalurkan untuk membina sekolah agama berkenaan, selain hasil derma orang ramai.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.