SEMUT HITAM
KHALID JUGAK JADI MANGSA "LIWAT"!!!
Alahai!!! Kesian betul dengan nasib yang menimpa Si Khalid Ibrahim tu. Tak habis - habis musibah menimpa diri dia sejak dia dipecat dari jawatan Menteri Besar Selangor oleh PKR sebelum ini.
Bukan setakat dia ditendang oleh parti dia sahaja, malah keahlian dia sebagai ahli PKR juga turut digugurkan. Sekarang, dia menjadi 'Punching Bag' oleh puak - puak PKR tu di Selangor.
Asal ada benda salah je yang berlaku di Selangor tu, pasti dia jugak yang akan dipersalahkan walaupun perkara itu adalah tugas dan tanggungjawab Si Menteri Besar Selangor yang baru sekarang ni.
Tapi, dek kerana Si Menteri Besar Selangor yang baru tu jenis manusia yang tak bertanggungjawab dan tak reti nak menjaga amanah, maka sebab itulah dia suka tunding jari pada orang lain.
Dan kali ini, Si Menteri Besar Selangor tu telah menggunakan alasan yang lebih ekstrem dari yang biasa dilakukan. Dia bukan sahaja menunding jari dan menyalahkan Khalid Ibrahim sorang.
Untuk sekian kalinya, Si Menteri Besar Selangor tu diingatkan supaya tidak menggunakan nama Istana sebagai alasan bagi meluluskan projek menaik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan bernilai RM9.7 juta itu.
Ingatan itu dibuat Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang mendakwa alasan yang diberikan Azmin itu menyerupai sikap pimpinan Barisan Nasional.
“Azmin melalui kuncu - kuncunya sejak semalam menyebarkan mesej khususnya melalui aplikasi WhatsApp menyatakan bahawa projek tersebut diluluskan oleh (Tan Sri) Khalid Ibrahim (bekas menteri besar).“(Malah) ia kehendak Sultan maka terpaksa diteruskan dan jangan khuatir dengan jumlah nilai projek kerana kerajaan negeri hanya mendahulukan wang kerajaan dan ia akan diganti kemudian dengan wang kutipan derma.“Pertikaian saya bukan pasal siapa lulus tetapi jumlah yang membazir dan tolonglah jangan buat perangai UMNO guna nama Istana untuk berselindung,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.Apa yang jelas, Si Menteri Besar Selangor tu dilihat sanggup melakukan apa sahaja bagi menutup penyelewengan dan kepincangan yang berlaku didepan mata kepala dia sendiri. Jadi, tak heran la kenapa ada yang menggelarkan Si Menteri Besar Selangor tu "Cap Ayam"!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.