Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bila Mat Jenin Buncit berangan nak jadi MB hingga terjatuh daripada pokok kelapa – Syed Iskandar

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Bila Mat Jenin Buncit berangan nak jadi MB hingga terjatuh daripada pokok kelapa – Syed Iskandar

Ketika Negeri Kedah Darul Aman di bawah pentadbiran almarhum Uztaz Azizan Razak, pentadbiran yang serba sederhana dan terjaga ciri-ciri Islam ala pentadbiran almarhum Tok Guru Nik Aziz di Kelantan.
Namun, pentadbiran yang baik oleh almarhum Uztaz Azizan diganggu calon mat jenin MB dari PAS iaitu Pahrolrazi yang teringin sangat nak menjadi MB Kedah akibat dendam gagal mendapat kontrak kontrak berkaitan pembinaan jalanraya di Kedah.
Lalu hidup Pahrolrazi saban hari menyusahkan almarhum Uztaz Azizan hingga secara tidak langsung membantu kejatuhan kerajaan pimpinan almarhum.
Kini Negeri Kedah Darul Aman di bawah pentadbiran baik dan sederhana Datuk Seri Mukhriz Mahathir asyik diganggu gugat Ahmad Bashah yang berangan nak menjadi MB Kedah walaupun dirakam video sedang tidur dalam satu program rasmi di Balai Rong Seri Istana.
Bashah mengadakan sidang akhbar dan diapit beberapa orang yang dikenali rakyat jelata sebagai penyamun termasuk bekas tukang tarik kereta yang kini bermasalah besar di Tabung Haji, bekas penceramah agama Kagat yang kini menjadi menteri yang berada di luar negara untuk urusan kurang penting  membazir dana  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim),  serta juga seorang lagi menteri yang pernah dirakam video terlibat dalam aktiviti rasuah di sebuah hotel di Sungai Petani yang percaya mahasiswa university awam tempatan tidak kelaparan walaupun sebelum itu mengeluarkan kenyataan akan memastikan mahasiswa tidak kelaparan.
Beliau juga yang bertanggungjawab untuk menukar sistem UPSR kepada sistem baru, ini bermakna banyak pihak akan mendapat durian runtuh sekalipun akan menjadikan sistem pengajian tidak stabil.
Manakala biasiswa JPA dan Kementerian Pendidikan juga kini digantung yang merupakan penganiayaan kepada para pelajar yang bersusah payah lulus peperiksaan dengan cemerlang untuk mencapai cita-cita melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Mereka inilah yang mengapit Bashah ketika sidang akhbar tersebut. Jika istana hendak menstabilkan keadaan mudah sahaja caranya.
Pertamanya ialah dengan cara mengarahkan menteri besar sekarang untuk menyampaikan perintah buang daerah oleh Sultan kepada semua yang hadir ketika sidang akhbar tersebut ataupun sekurang kurangnya kepada 6,7 orang yang hadir di sidang akhbar tersebut.
Perintah Tuanku bermakna mereka tidak lagi diizinkan menjejakkan kaki di negeri Kedah buat tempoh beberapa tahun tertentu ataupun boleh di sambung lagi selepas tempoh berkenaan tamat.
Ke-2, istana boleh memperkenankan permintaan MB Kedah untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya diadakan di Kedah.
Kemenangan PAS dan beberapa calon bebas bekas Umno yang menyokong Mukhriz masih membolehkan beliau terus menjadi MB Kedah atau sekurang kurangnya mereka yang bertanggungjawap mengadakan sidang akhbar baru-baru ini gagal untuk menjadi MB Kedah yang baru.
Ke-3, MB Kedah sekarang boleh mempersembahkan kepada baginda Tuanku Sultan Kedah serta Majlis Jemaah Di Raja Kedah yang memangku jawatan Sultan Kedah , semua surat yang bertandatangan DUN yang menyokong kepimpinan MB Kedah sekarang termasuklah daripada kalangan DUN PAS asalkan majoritinya masih mencukupi untuk mentadbir negeri Kedah Darul Aman maka tiada pilihan raya diperlukan dan MB Kedah sekarang masih kekal sekalipun kumpulan DUN yang cuba merampas kuasa enggan menyokong kepimpinan MB sekarang.
Ke-4, pihak istana boleh membuat laporan polis di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan terhadap kumpulan yang mengadakan sidang akhbar untuk menukar MB Kedah kerana gagal menghormati istana, menderhaka kepada Sultan ibarat mengistihar perang kepada ketua negeri iaitu Sultan Kedah manakala MB Kedah juga boleh membuat laporan polis terhadap kumpulan yang sama kerana cuba menjatuhkan kerajaan negeri yang dipilih secara demokrasi kerana cuba mengistiharkan perang terhadap ketua kerajaan sebuah kerajaan negeri di bawah Kanun Keseksaan.
Seterusnya, jika cuma dengan sidang akhbar dapat mengubah MB Kedah, tidak mustahil ianya menjadi precedent yang negara cuma memerlukan satu sidang akhbar oleh majoriti ahli Dewan Rakyat untuk mengubah PM Malaysia. Dan ini bolehlah mula difikirkan pihak Pakatan Harapan kut.
Apa yang dihadapi Mukhriz di Kedah sekarang sama dengan apa yang dihadapi Nik Aziz di Kelantan iaitu kedua-dua menteri besar ini gagal mendapat dana kerajaan persekutuan untuk meneruskan projek pembangunan fizikal yang tentunya menelan belanja yang besar.
Beza kerajaan  almarhum Tok Guru Nik Aziz ialah kerajaannya sebuah kerajaan pembangkang manakala kerajaan yang diterajui Mukhriz ialah kerajaan dari parti yang sama iaitu Umno.
Di sinilah terlihat kedangkalan IQ puak Bashah yang menganggap Mukhriz sebagai pemimpin sebuah parti pembangkang.
Bila sudah mabuk kuasa seperti tajuk lagu nyanyian Wahid Satay ‘Mabuk Kuasa’, yang boleh didengar di YouTube maka negeri yang ditadbir secara baik pun ternampak seolah-olah gagal.
Insya-Allah rakyat Kedah mungkin kini bersedia untuk menukar kerajaan jika perlu memandangkan para mat jenin buncit yang suka tidur begitu ramai menjadi mabuk kuasa dalam parti Umno Kedah. Wallahua’lam. – 25 Januari, 2016.     
* Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar ialah peguambela dan peguamcara.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.