SEMUT HITAM
DASAR CERDIK TAK BOLEH DIAJAR, BODOH TAK BOLEH DITUNJUK!!!
Haduyai!!! Kenapa la perangai Haramjadah puak - puak Pakatan tu jugak yang dia nak ikut. Kan dah tak pasal - pasal je diri sendiri yang hilang kemaluan. Lepas ni, mana keluarga dia nak letak muka?
Dek kerana sesak sangat nak ikut Pakwe, akhirnya remaja perempuan yang sebelum ini mendakwa dirinya telah diculik KANTOI secara terang - terangan apabila ditemui oleh pihak Polis.
Susulan dari itu, pihak Polis katanya akan mengambil tindakan terhadap pakwe remaja perempuan tersebut dan juga seorang lagi rakan lelakinya atas dakwaan kerana 'Menculik'.
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan tidak berlaku sebarang kejadian culik ke atas remaja perempuan berusia 14 tahun yang kononnya diculik dari kediamannya di Bandar Sultan Suleiman, Klang, Ahad lalu.Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat turut mengesahkan rakaman perbualan telefon antara remaja perempuan tersebut dan kakak angkatnya yang viral di media sosial kononnya diculik oleh dua lelaki dan dilarikan dengan sebuah van putih adalah tidak benar.
"Sepanjang tempoh 'kehilangannya' remaja perempuan tersebut selamat menumpang di rumah kawan kepada teman lelakinya di Banting, atas kerelaan remaja perempuan itu sendiri.
"Pihak polis juga ingin mendedahkan bahawa rakaman perbualan telefon antara remaja perempuan tersebut dan kakak angkatnya yang telah menjadi viral dalam media sosial yang memberi gambaran remaja perempuan tersebut telah diculik oleh dua lelaki dan dilarikan dengan sebuah van putih, adalah palsu.
"Ianya adalah rekaan cerita remaja perempuan tersebut semata-mata kerana beliau tidak mahu pulang ke rumah keluarganya dan ingin bersama teman lelakinya," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Justeru, kata Abdul Samah, seorang pemuda berusia 19 tahun yang ditemui bersama remaja perempuan tersebut semalam ditahan.
Turut ditahan ialah seorang lagi lelaki berumur 45 tahun dipercayai rakan kepada pemuda tersebut yang telah menumpangkan remaja perempuan itu tinggal dirumahnya sepanjang tempoh 'kehilanganya'.
"Kedua-dua mereka ditahan dan akan direman selama empat hari mulai hari ini untuk siasatan dibawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menculik atau melarikan remaja perempuan yang berumur kurang daripada 16 tahun, tanpa persetujuan atau keizinan penjaganya yang sah," katanya.
Hah! Kan dah tak pasal - pasal je jadi kes Polis. Ini la yang orang tua - tua selalu kata; elok - elok takde beban, batu pulak yang nak digalas. Dah takde kerja sangat gamaknya. Dari takde penyakit, sekarang dah dapat penyakit. Baru padan dengan muka dia!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.