Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CERITA "TURUN NAIK" DAN "KELUAR MASUK" PULAK JADI VIRAL!!!

SEMUT HITAM
CERITA "TURUN NAIK" DAN "KELUAR MASUK" PULAK JADI VIRAL!!!
Hehehe!!! Memang nak tergelak pulak mendengar cerita pasal 'Keluar Masuk' ni. Ada sorang sahabat kata, "Benda Keluar Masuk ni memang sedap. Cukup bulan boleh dapat hasil".

Bukan setakat itu sahaja. Kata sahabat tu lagi, "Keluar Masuk ni kena turut serta dengan Turun Naik. Bila ada yang turun, baru boleh naik. Bila nak naik tu kita tak sabar".

Sahabat tu juga sempat berpesan, "Kalau nak Keluar Masuk dan Turun Naik ni, mesti kena HALAL. Buat secara HARAM, takut nanti kita pulak yang tak tahan menanggung azab".

Heh! Tak pasti la apa yang cuba disampaikan tu ada kaitan dengan Politik atau pun tidak. Tapi tinggal lagi, bila orang cerita pasal 'Keluar Masuk' ni benda yang dah biasa dilakukan, apa yang kita nak pelik?

Sebelum ni pun pernah jugak berlaku cerita pasal 'Keluar Masuk' ni. Bahkan cerita pasal 'Naik Turun' pun benda yang dah pernah kita dengar suatu ketika dulu. Ianya bukan benda baru.

Macam kata sahabat kita tadi, bila ada yang nak Naik, memang ada yang tak sabar - sabar nak turunkan orang lain. Bila 'Turun Naik' dan 'Keluar Masuk' tu berlaku, baru la kita puas hati. Tercapai klimaks.

Tapi yang menjadi masalahnya, bila dah 'Naik' tak reti - reti pulak nak 'Turun'. Bila dah 'Keluar', sibuk pulak nak 'Masuk'. Benda yang macam tu yang selalu buat orang pening kepala.

Pokok pangkalnya, jika 'Turun Naik' atau 'Keluar Masuk' ni boleh memberi kemenangan kepada Barisan Nasional dan mengembalikan kepercayaan kepada UMNO, teruskan la.

Tapi kalau setakat buat penat 'Turun Naik' dan 'Keluar Masuk' ni hanya sekadar memberi kemenangan kepada puak - puak DAPigs untuk berkuasa, apa gunanya? Penyudahnya nanti, orang Melayu jugak yang 'Gigit Jari'. Masa tu, menyesal pun dah tak berguna dah!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.