Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ulasan saya tindakan Mahathir akan diposkan esok

.
Ulasan saya tindakan Mahathir akan diposkan esok
PERHATIAN

Rekasi awal saya tindakan Dr Mahathir Mohamad bersama isteri keluar Umno petang ini ia memberi ruang kepada parti agama (Pas) untuk lebih rapat lagi dengan Umno. Pemimpin tertinggi Pas akan ambil kesempatan atas masalah dihadapi Umno untuk lebih mendekati Umno dalam agenda meperluaskan bentuk ta'awun dengan Umno.

Saya menjangkakan Dr Mahathir pula selepas ini akan menjadi politcian profesional yang bebas untuk bergabung dengan mana-mana organisasi dan juga siasah bagi menyerang Najib. Tidak mustahil bekas PM itu akan tampil di atas pentas Pakatan Harapan, khususnya di pentas Parti Amanah Negara (AMANAH).

Ironisnya melihat perkembangan ini sebuah lagi parti pembangkang bertindak sebaliknya. Saya menjangkakan pimimpin tertinggi Pas akan berada sepentas dengan Umno untuk membela dan mempertahankan Najib atau pun mereka terus menjauhi gabungan pembangkang lain sebaliknya menguatkan ikatan mesra dengan Umno.

Pembelaan dan pertahanan itu akan ditafsirkan sebagai suatu ta'awun dengan agama dan bangsa. Tentu ahli dan penyokong parti itu diberi penerangan dengan berlindung di sebalik tektik dan strategi.

Tunggu ulasan lanjut saya mengenai isu ini esok. Wassalam Mso. [wm.kl.8:52 pm 29/02/16]

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.