Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dakwaan Dana AS$1b Masuk Akaun Najib- 'Mesti ada kebenaran jika Najib tak saman WSJ' - Tun M

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Dakwaan Dana AS$1b Masuk Akaun Najib- 'Mesti ada kebenaran jika Najib tak saman WSJ' - Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak untuk menyaman akhbar kewangan Amerika Syarikat, The Wall Street Journal berhubung dakwaan lebih AS$1 bilion disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri.

Menurut Mahathir, jika Najib tidak berbuat demikian, ini hanya menunjukkan bahawa laporan WSJ itu “'mesti mempunyai beberapa kebenaran”.

"Jika ini tidak benar, maka PM mesti bertindak untuk saman mereka kerana buat laporan palsu.

"Tetapi jika PM tidak saman, (sedangkan) mereka boleh didakwa di negara sendiri, maka mesti ada kebenaran dalam apa yang diperkatakan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Proton di Shah Alam, Selangor, hari ini. - MK

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.