CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Haji Hadi TIBA-TIBA PELIK, dulu ahli UMNO Kafir, taghut, kini ahli OK Parti UMNO saja Tidak Ok
Pendirian Hadi Awang enggan menghadiri perhimpunan anti Najib pada 27 Mac depan mungkin tidak begitu memeranjatkan, tetapi yang membuat ramai terpinga-pinga ialah alasan yang diberikannya.
"Saya anti UMNO, tetapi tidak anti orang UMNO. Orang UMNO kita hendak berbaik. Ada pun parti UMNO sudah banyak buat kesilapan, oleh itu saya tidak mahu terlibat dalam perhimpunan itu," katanya kepada akhbar Sinar Harian.
Lagu mana ni Tuan Guru? Hujah ini bukan saja kelihatan pelik, tetapi berbelit-belit?
Sejak bila Pas hanya memusuhi UMNO, tetapi ingin berbaik-baik dengan orang UMNO?
Tidakkah dalam fatwa dan ceramah-ceramahnya sebelum ini, semua ahli UMNO selalu dibakulkannya sekali dengan gelaran-gelaran seperti kafir, taghut, tidak Islamik dan macam-macam lagi?
Kenapa sekarang nampak tidak konsisten?
Orang UMNO yang mana pula yang Tuan Guru ingin berbaik-baik itu?
Adakah ianya orang UMNO yang sedang memegang jawatan dan mengemudi parti, orang UMNO yang ada wang berbilion-bilion, orang UMNO peringkat bawahan, orang UMNO yang diperkatakan di seluruh dunia ada skandal di sana sini atau orang UMNO yang ingin menentang kemungkaran?
Bukankah apabila mengambil sikap anti UMNO, orang yang patut lebih dahulu dijauhi oleh Pas dan Hadi ialah para pemimpin tertingginya, apatah lagi jika pemimpin tersebut turut terpalit dengan skandal kewangan yang memalukan negara di mata dunia?
Adakah dengan pendirian ini bermakna Pas tidak lagi berjuang melawan kemungkaran, penyelewengan, salah laku, rasuah dan hal-hal berkaitan moral yang seumpamanya?
Selain itu, alasan Hadi tidak mahu menghadiri perhimpunan 27 Mac nanti kerana tidak anti orang UMNO juga tidak boleh pakai sebenarnya kerana dipercayai ramai ahli-ahli UMNO, termasuk Tun Mahathir Mohamad juga akan turut menghadirinya.
Tidak mustahil Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan lain-lain pemimpin UMNO akan turut sama menghadirinya, selain sudah tentu ramai pemimpin daripada parti-parti pembangkang akan turut mengambil bahagian.
Tidak inginkah Tuan Guru berbaik-baik dengan Tun Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz dan lain-lain yang masih merupakan orang UMNO yang menyertai perhimpunan itu?
Tidak mahukah juga Tuan Guru duduk sebaris dengan pemimpin-pemimpin pembangkang dalam agenda menyelamatkan negara dan menolak pemimpin yang lebih banyak warna hitam berbanding putihnya?
Kalau benar ingin berbaik dengan orang UMNO dan masih teguh dengan perjuangan Islam, kenapa mesti memilih-milih untuk berbaik-baik?
Kalau boleh hadir berpakaian sedondon merah jambu dengan Najib sebelum ini, apa salahnya duduk bersebelahan dengan yang lain-lain pula?
Janganlah hanya memilih ingin berbaik atau berkawan dengan mereka yang berjawatan atau yang ada wang berbilion-bilion saja, takut nanti dikata orang dan dijadikan bualan...jangan-jangan sudah termakan dedak seperti ramai yang lain juga rupa-rupanya.
- Shahbudindotcom.blogspot.com 28/02/2016
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.