Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TINDAKAN TABUNG HAJI "ZALIM"!!!

SEMUT HITAM
TINDAKAN TABUNG HAJI "ZALIM"!!!
"Zalim" dan "Kejam". Itu la dua ungkapan yang biasa akan digunakan sebagai alasan apabila ada sebarang tindakan yang diambil terhadap pemimpin - pemimpin Pakatan Haprak tu.

Maka tak mustahil sekiranya dua alasan itu juga akan digunakan oleh para Pentaksub dan Pengampu dari kalangan Macai serta Barua puak - puak Pakatan Haprak tu terhadap Tabung Haji.

Sudah pasti itu yang akan mereka labelkan Tabung Haji yang telah memfailkan saman dan membuat laporan Polis terhadap Si Rafizi atas dakwaan fitnah yang ditaburkan terhadap institusi Islam itu sebelum ini.

Dah tentu ada juga dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu yang akan membuat dakwaan kononnya tindakan Tabung Haji tu sebagai satu usaha untuk 'Menutup Mulut' Rafizi.

Tak mustahil sekiranya mereka akan membuat dakwaan kononnya pihak Tabung Haji mengambil tindakan tersebut kerana TAKUT lebih banyak rahsia lembaga kewangan Islam itu dibongkar.

Malah, adalah sudah menjadi satu kebiasaan juga bagi kalangan puak - puak Pakatan Haprak tu membuat dakwaan kononnya Tabung Haji cuba nak menghalang Hak Kebebasan Bersuara.

Bagi pendapat mereka, tindakan memfailkan saman dan membuat laporan Polis itu adalah tidak wajar bagi menjawab segala tuduhan yang telah dilemparkan oleh Si Rafizi terhadap mereka.

Sebaliknya mengikut logik puak - puak Pakatan Haprak tu, Tabung Haji perlu tampil dengan bukti yang kukuh bahawa segala dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan itu adalah tidak benar.

Bagi mereka, hanya dengan cara itu sahaja isu berkaitan dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Si Rafizi tu dapat dijelaskan kepada rakyat. Tapi, itu kalau ikut Logik Kepala Lutut diorang la.

Logik yang biasa menjadi diamalkan puak - puak Pakatan Haprak ni jangan la diikutkan sangat. Malah ianya boleh memudaratkan akidah umat Islam itu sendiri secara tidak lansung.

Mana tidaknya. Kalau ikut Logik Kepala Lutut diorang, Si Kaki Peliwat yang suka langgan Chinadoll pun boleh diangkat menjadi Perdana Menteri. Si Kaki Fitnah macam Si Rafizi tu pulak dianggap macam "Dewa". Jadi, takkan Logik Kepala Lutut macam tu pun kita nak ikut jugak!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.