Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IBARAT MACAM "PELACUR" JE DIORANG NI!!!

SEMUT HITAM
IBARAT MACAM "PELACUR" JE DIORANG NI!!!
Alahai! Memang kesian betul tengok nasib yang menimpa diorang ni. Ada rakan kongsi pun, tapi tetap juga diorang diperlakukan macam 'Pelacur' yang diguna untuk kepentingan Politik Peribadi.

Memang malang sungguh nasib parti "Periuk" pimpinan Si Mat Sabu tu bila tak dapat laluan untuk bertanding di kerusi yang dimiliki PKR dan DAP, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Katanya, disebabkan itu AMANAH berhasrat untuk bertanding di semua kerusi DUN dan parlimen milik PAS pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Malah, Exco kerajaan negeri Selangor itu mendakwa PKR dan DAP telah mengeluarkan kenyataan yang keras serta menghina AMANAH bagi mengelakkan kerusi mereka terlepas kepada parti baru itu.
"Kami faham kenapa AMANAH hendak bertanding di semua kerusi PAS. (Kerana) Rayuan mereka untuk bertanding kerusi PKR dan DAP ditolak oleh kedua-dua parti itu."Saya juga telah membaca kenyataan keras dan menghina PKR dan DAP apabila AMANAH merayu untuk mendapatkan kerusi dari mereka. Jadi saya faham kenapa mereka terpaksa bertanding di kerusi PAS," tegas ADUN Chempaka itu.
Terdahulu, Sinar Harian hari ini melaporkan AMANAH Selangor sedia menentang PAS di semua kerusi DUN dan Parlimen yang kini disandang PAS.

Pengerusinya Ir Izham Hashim dilaporkan berkata, usaha mengenal pasti calon-calon mereka akan diperhalusi menjelang bulan Ramadan tahun ini.

Mengulas lanjut Iskandar berkata beliau simpati dengan apa yang berlaku kepada AMANAH kini, namun menegaskan PAS sentiasa bersedia berdepan dengan mana-mana parti yang berhasrat menandingi mereka.

"Sebenarnya saya kasihan dengan mereka yang telah dilayan dengan buruk oleh rakan-rakan Pakatan Harapan. Oleh itu, kami bersedia (berdepan) dengan AMANAH dan kami yakin akan dapat mempertahankan kerusi-kerusi kami," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.