SEMUT HITAM
JANDA CANTIK BUAT PENGAKUAN "BERANI MATI"!!!
Heh! Ini satu pengakuan yang boleh dianggap 'Berani Mati' oleh seorang Janda Muda bila dia diceraikan oleh suami dia sebelum ini. Umur baru 22 tahun, dah dapat status Mak Janda.
Tapi, tahan jugak la dia berani mengakui kesilapan yang dia miliki. Setidak - tidaknya dia dapat memuhasabahkan diri. Cantik saja pun tak guna juga bila diri sendiri tak reti buat kerja.
Dalam erti kata lain, kecantikan itu tidak semestinya membawa kebahagian jika kita tidak memiliki ilmu yang sewajarnya. Cuma, jangan kita salah guna pulak ilmu yang kita ada untuk buat kerja lain.
Jangan jadi macam sesetengah pihak yang suka lupa diri. Anggap diri dah memiliki Ijazah, kira macam dia cerdik sangat dari orang lain. Tapi kerja yang dia selalu buat, asyik menabur fitnah je tak tentu arah. Orang macam tu jenis yang memang Takde Kemaluan!!!
"Assalamualaikum. Aku ina. Aku baru bercerai talak satu minggu lepas. Aku baru je berumur 22 tahun. Punca aku cerai sebab bekas suami aku curang. Tapi aku tak salahkan dia. Dia stress tengok aku yang pemalas."Tak jalankan tanggungjawab. Betul, bila dah cerai ni. Aku muhasabah balik. Siapa boleh tahan dengan bini macam aku? Bayangkan masa anak dara. Bangun tidur lambat, masak tak reti, kerja tengok korea, main handphone je.
"Kemas rumah jarang-jarang sekali. Kerja melepak. Masa bercinta. Memang seronoklah. Sweet-sweet je. Jumpa…Dating…Mesej-mesej fon. Kita nampak tu adalah lakonan. Bila dah kahwin. Episod yang bermula adalah tanggungjawab. Masa mula-mula kahwin, bolehlah aku hipokrit. Rajin masa 2, 3 hari.
"Sebab menjadi pemalas dah jadi satu kebiasaan kan. So lama-lama habit lama tu terserlah lepas kahwin. Mungkin kat situ suami aku stress, baik bela biawak kan. Kat situ bermulalah episod dia cari perempuan lain. Katanya lebih matang. Bertanggungjawab.
"Dulu, aku nak sangat kahwin sebab masa bercinta sweet-sweet. Ingat kahwin nak halalkan hubungan. Betul kata tulisan Adnin Rosli dalam tarbiah sentap. Niat kahwin kalau setakat nak ‘halalkan’ tak cukup.
"Perkara pertama mesti kerana Allah dan kena tau kahwin adalah amanah. Pesan aku, buat wanita-wanita di luar sana yang pemalas macam aku, berubahlah. Benda malas ni bukan boleh berubah sekelip mata. Didiklah diri dari sekarang supaya buang sifat malas. Jadilah wanita yang serba boleh."
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.