CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Nazri "Berhalusinasi" : Tidak Tahu Beza Tugas Timbalan BANTU Presiden dengan "JILAT" Presiden
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang terkenal sebagai 'penjilat' hari ini meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO kerana tidak menjalankan tugas membantu Presiden.
Semasa membuat gesaan itu, beliau berkata Perlembagaan UMNO menyatakan dengan jelas bahawa tugas Timbalan Presiden parti itu adalah untuk membantu Presiden.
"Adalah menjadi satu kesalahan, jika Timbalan Presiden melakukan sebarang tindakan yang bertentangan dengan tugasnya itu," kata Mohamed Nazri, yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.
Menurutnya Muhyiddin masih lagi mempersoalkan isu seperti sumbangan RM2.6 bilion yang diumumkan selesai oleh Peguam Negara dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih lagi dalam prosiding siasatan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
Menjalankan Tugas Timbalan Presiden Bukan Dengan Menjilat Presiden
Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menyifatkan setiap tindakannya selama memegang jawatan itu adalah berlandaskan tanggungjawabnya kepada parti.
"Sebagai Timbalan Presiden yang dipilih ahli, saya juga bertanggungjawab kepada parti dan ahli-ahli.
"Saya banyak mendengar suara akar umbi mengenai pelbagai permasalahan yang berkait dengan kepimpinan parti," kata Muhyiddin.
Oleh itu, Muhyiddin berkata tanggungjawabnya ialah untuk memberikan nasihat kepada Presiden supaya mendengar suara ahli-ahli parti di akar umbi dan segera memperbetulkan keadaan.
"Sebaliknya saya disingkir, disisih malah dihalang daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab saya sebagai Timbalan Presiden.
"Itulah yang telah saya lakukan selama ini. Saya telah membantu Presiden dalam semua hal berkaitan pentadbiran dan juga parti. Amanah membantu Presiden tidak pernah saya abaikan," kata Muhyiddin.
Tambah beliau, dalam Islam adalah dituntut supaya patuh dan taat kepada pemimpin.
"Pemimpin yang wajib ditaati ialah pemimpin yang taat kepada titah perintah Allah, amanah, jujur, berintegriti dan bersih, serta menjauhi perkara-perkara mungkar," kata Muhyiddin
Apabila Presiden sudah tidak betul, maka tugas Timbalan Presiden menegur dan memperbetulkan keadaan demi kelangsungan UMNO, orang Melayu dan Negara.
UMNO mesti dipertahankan, manakala pemimpin yang bermasalah mesti dikeluarkan.
UMNO bukan hak milik seseorang Presiden parti dan puak-puak penjilat mereka. UMNO milik orang Melayu.
Nazri Aziz mesti "bertaubat".
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.